Undi selebriti pilihan Artis ABPBH 36
Undi artis pilihan anda dalam kategori UTAMA dan EKSTRA PALING POPULAR! pada ABPBH 36
KUALA LUMPUR: Lebih sebulan bertunang, komposer dan penyanyi, Yonnyboii, 23, mengumumkan sudah bernikah dengan model dan 'Instafamous', Nik Nazira Narriman, 22.
Penyanyi lagu Sakit itu mengumumkan dirinya sudah bergelar suami melalui Instagram (IG), tengah malam tadi.
Pasangan itu dipercayai melangsungkan majlis pernikahan secara kecil-kecilan dihadiri keluarga terdekat, Sabtu lalu.
Melalui entri itu, Yonnyboii berkongsi foto memaparkan dirinya lengkap berpakaian baju Melayu rona putih gading di samping Nik Nazira dengan jari berinai.
Penyanyi itu melayangkan kapsyen ringkas berbunyi 'Bismillahirahmanirahim, hai isteri'.
Sementara itu, meninjau ke akaun IG isterinya, Nik Nazira berkongsi beberapa foto mereka di atas pelamin bertemakan rona putih gading dan krim.
Melalui kapsyen, Nik Nazira menjelaskan majlis pernikahan mereka hanya dihadiri keluarga terdekat.
"Saya berkahwin dengan teman baik. Majlis pernikahan kami diadakan secara kecil-kecilan dan hanya dihadiri keluarga rapat.
"Kita jumpa tahun depan untuk majlis persandingan kami," tulisnya ringkas.
Yoonyboii atau nama sebenar, Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin bertunang dengan Nik Nazira di kediaman keluarga gadis itu di Shah Alam, Selangor pada 9 Oktober lalu, selepas setahun berkenalan.
Pasangan yang berkenalan melalui permainan video atas talian itu sebelum ini mengumumkan merancang untuk bernikah pada 22 Januari depan.