Undi selebriti pilihan Artis ABPBH 36
Undi artis pilihan anda dalam kategori UTAMA dan EKSTRA PALING POPULAR! pada ABPBH 36
KUALA LUMPUR: Penyanyi, Wany Hasrita merampas semula trofi Penyanyi Wanita Popular yang pernah dimenanginya, dua tahun lalu pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 di Axiata Arena Bukit Jalil, di sini, malam tadi.
Kali ini, Wany menerima trofi Penyanyi Wanita Popular Xiaomi Malaysia yang juga sumbangan penaja utama ABPBH 33.
Wany atau nama penuh, Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 27, menghampakan saingan terdekat yang disebut-sebut mampu mengungguli kategori berkenaan iaitu Ernie Zakri, Aina Abdul dan Nabila Razali.
Pada ABPBH 31, penyanyi lagu Canggung itu melakar sejarah apabila diumumkan Bintang Paling Popular apabila meraih undian tertinggi menerusi kategori Penyanyi Wanita Popular dengan 2,052,997 undi.
"Alhamdulillah, orang kata ini rezeki jadi saya merasa sangat bersyukur dengan kemeangan ini.
"Kemenangan ini adalah satu tanggungjawab yang sangat berat dan saya perlu memberikan yang terbaik kepada peminat.
"Sebenarnya, saya tidak fikir apa-apa sama ada saya akan menang atau tidak kerana saya di sini sebagai penyampai anugerah sahaja.
"Selepas ini, saya akan keluarkan dua single baharu untuk peminat," katanya.