Undi selebriti pilihan Artis ABPBH 36
Undi artis pilihan anda dalam kategori UTAMA dan EKSTRA PALING POPULAR! pada ABPBH 36
KUALA LUMPUR: Dengan slogan 'Lagi Drama Lagi Rasa!' 'kaki' drama mula menunaikan mandat diberi dengan mengundi artis kegemaran mereka pada Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 sejak 2 Disember lalu.
Mengikut perkembangan terbaru diumumkan TV3, peminat yang belum berkesempatan memilih artis pujaan, boleh berbuat demikian apabila tempoh undian dilanjutkan kepada jam 11.59 malam 26 Februari depan.
Peminat boleh mengundi artis kegemaran dengan melayari www.xtra.com.my/tontonanugerahdramasangat.
TV3 dalam kenyataan menyebut Anugerah Drama Sangat (ADS) adalah acara berprestij meraikan keringat dan tulang belakang industri hiburan yang kembali untuk tahun kedua.
Acara itu kini dikenali sebagai Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 yang bakal disiarkan secara langsung, bulan depan.
Kali ini, Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 memperkenalkan dua kategori baharu iaitu Anugerah BBNU Tonton dan Oppa Pilihan Tonton.
Anugerah BBNU Tonton menyaksikan calon bakat baharu yang berjinak-jinak dalam bidang lakonan, tetapi meninggalkan impak besar dengan lakonan hebat masing-masing.
Antara calon itu ialah Aniq Suhair yang membintangi drama Tahyul; Cik B (Tahyul); Ahmad Adly (Tahyul); Imran Aqil (Republik Gombak); Afieq Shazwan (Republik Gombak) dan Sophia AlBarakbah (Air Mata Allisya).
Turut bersaing Nabil Aqil (Adakah Engkau Menungguku); Ady Mohammad (Sentuhan Najwa); Aiman Tino (Anak Beranak Abe Yie) dan Qistina Khaled (Pak Mat Clan).
Lebih istimewa, kategori Oppa Pilihan Tonton adalah kolaborasi bersama tvN Asia dengan menyenaraikan pelakon Korea Selatan yang membintangi drama popular tvN iaitu Ahn Bo-hyun, Cha Eun-woo, Cha Si-won, Kim Min-jae dan Kim Min-kyu.
Jika peminat mahu melihat Oppa kesayangan menduduki tangga teratas, usah lepaskan peluang mengundi di laman web rasmi Tonton ADS 2023.
Secara keseluruhan, Tonton ADS mempertandingkan 14 kategori antaranya Drama Terbaik; Drama Popular; Pengarah Terbaik dan Penulis Skrip Terbaik.
Turut dipertandingkan Pelakon Lelaki Terbaik; Pelakon Wanita Terbaik; Pelakon Lelaki Popular; Pelakon Wanita Popular; Pelakon Antagonis Terbaik; Pasangan Drama Terbaik; OST Terbaik dan Drama Novel Adaptasi Terbaik.
Daripada jumlah itu, lapan kategori dibuka untuk undian peminat. Peminat boleh mengundi 10 kali sehari untuk setiap alat peranti.
Bagi kategori Oppa Pilihan Tonton, 30 peratus undian adalah daripada peminat, manakala 70 peratus juri profesional.
Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia serta Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat!
Layari laman web www.xtra.com.my/tontonanugerahdramasangat dan gunakan #AnugerahDramaSangat untuk menghangatkan perbualan dalam media sosial.