Undi selebriti pilihan Artis ABPBH 36
Undi artis pilihan anda dalam kategori UTAMA dan EKSTRA PALING POPULAR! pada ABPBH 36
KUALA LUMPUR: Seiring tema Dimensi Muzik, finalis dan artis jemputan tampil bergaya pada segmen karpet merah pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37 di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam ini.
Masing-masing mencuri perhatian lensa kamera di sepanjang karpet merah menuju ke pentas, dengan pakaian yang bersesuaian dengan acara kemuncak.
Antara momen mencuit perhatian apabila manik gaun rona putih dan biru dipakai penyanyi, Nabila Razali terjatuh.
Nabila menyarung busana rekaan Teh Firdaus itu bagaimanapun sempat membetulkan sebelum acara karpet merah bermula.
Selain itu, antara selebriti hadir memeriahkan segmen karpet merah termasuklah Bunga Isme, Naim Daniel, Sissy Imann, Amir Masdi, Janna Nick, Alif & The Locos, Zara Zya, Uyaina Arshad, Ara Johari dan Shaffiq Erwin.
Yang turut hadir, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
Karpet merah disiarkan secara langsung menerusi platform penstriman, Tonton pada jam 8 malam dihoskan oleh Muaz Mohamed dan Fiza Frizzy, manakala AJL 37 akan disiarkan secara langsung pada jam 9 malam di TV3 dan strim di Tonton.
AJL 37 mempertaruhkan 12 lagu yang akan merebut gelaran Juara Lagu.
Lagu bertanding adalah Terus Hidup nyanyian dan ciptaan sepenuhnya, Aina Abdul dan Ernie Zakri menerusi Korban yang juga hasil nukilannya.
Selain itu, lagu Bahagiakan Dia ciptaan penyanyi muda, Alif Iskandar dengan lirik dihasilkan oleh Alif dan Que Afiq. Lagu ini dinyanyikan secara duet oleh Shila Amzah dan Liza Hanim.
Sembilan lagi lagu yang layak ke AJL 37 ialah Satu Malam Di Temasek dendangan Joe Flizzow dan SonaOne ciptaan SonaOne dengan lirik dihasilkan SonaOne dan Joe Flizzow; Anugerah Terindah (Alif Satar & The Locos/ciptaan Alif Satar, Romeo, Tam Cobain, Arwis/lirik Alif, Shah Shamshiri dan Romeo); Debu (Dayang Nurfaizah, Amir Masdi/ciptaan Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam, Acap Salim).
Turut bersaing, Kembali Terang (Marsha Milan/ciptaan Senna dan Ajin/lirik Senna); Nang (Iman Troye/ciptaan Ezra Kong dan A Ramle) serta Payung Pelangi (Noki, MK/ciptaan dan lirik Noki, MK).
Tidak ketinggalan, Sengsara (Khai Bahar/ciptaan Johm Reeves, Firdaus Rahmat dan Omar K); Irama (Shiha Zikir/ciptaan Qie Hugh, Firdaus Rahmat dan John Jeeves) dan Mainan (Naim Daniel/ciptaan Firdaus Rahmat, Omar K dan Mas Dewangga/lirik Arizs Ab Rahman).
AJL 37 julung kali menggandingkan dua hos wanita, Sherry Alhadad dan Jihan Muse bagi mengemudi acara berprestij itu.