Undi selebriti pilihan Artis ABPBH 36

Undi artis pilihan anda dalam kategori UTAMA dan EKSTRA PALING POPULAR! pada ABPBH 36

BERITA ABPBH

Syamel, Ernie bakal umum nikah

22 Mar 2021 | Farihad Shalla Mahmud

KUALA LUMPUR: Pasangan duet popular, Syamel dan Ernie Zakri bakal mengumumkan tarikh pernikahan mereka, tidak lama lagi.

Syamel atau nama sebenar, Syamneel Aqmal Mohd Fodzly, berkata pengumuman itu dibuat menerusi video yang akan dimuat naik di media sosial mereka.

"Ketika melangsungkan pertunangan tahun lalu, kami merahsiakannya. Hanya selepas majlis selesai baru kami umumkan kepada khalayak.

"Bagaimanapun, untuk majlis pernikahan nanti, kami sepakat untuk mengumumkannya dalam media sosial. Itu lebih mudah berbanding menganjurkan sidang media khas.

Syamel dan Ernie akan mengumumkan butiran majlis pernikahan mereka melalui video yang dikongsi dalam media sosial, tidak lama lagi. Foto IG Syamel
Syamel dan Ernie akan mengumumkan butiran majlis pernikahan mereka melalui video yang dikongsi dalam media sosial, tidak lama lagi. Foto IG Syamel

"Kami mahu berkongsi kegembiraan ini dengan semua pihak. Diharap doakan kesejahteraan kami dan majlis nikah berlangsung sempurna," katanya kepada BH Online.

Penyanyi Kau Pun Sama ini memberitahu semua maklumat mengenai majlis berkenaan akan dijelaskan dalam perkongsian itu.

Pada Ogos tahun lalu, pasangan yang popular dengan lagu Aku Cinta ini bertunang pada majlis tertutup yang dihadiri kedua-dua keluarga bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Perkenalan pasangan yang pernah meraih trofi Artis Kolaborasi/Duo/Kumpulan Popular, Anugerah Bintang Popular (ABPBH) Ke-31 itu bermula ketika Syamel dan Ernie menyertai program realiti, Duo Star, kira-kira empat tahun lalu.