Undi selebriti pilihan Artis ABPBH 36
Undi artis pilihan anda dalam kategori UTAMA dan EKSTRA PALING POPULAR! pada ABPBH 36
KUALA LUMPUR: Selepas 12 tahun, penyanyi Syura Badron, 36, akhirnya dikurniakan cahaya mata lelaki, baru-baru ini.
Berkongsi kegembiraannya, Syura yang baru sahaja bersalin di sebuah pusat perubatan di Johor, jam 9.01 malam pada Selasa lalu.
Syura atau nama sebenarnya, Zuraidah Badron, dia selamat melahirkan seberat 2.5 kilogram (kg) secara normal dengan doktor yang sama menyambut kelahiran tiga cahaya mata menerusi perkahwinan terdahulu.
"Alhamdulillah, saya bersyukur proses melahirkan cahaya mata keempat ini dipermudahkan. Saya pilih bersalin di Johor sebab bimbang jika perlu melalui pembedahan. Maklumlah, usia sudah meningkat.
"Jujurnya, pelbagai perasaan dirasakan selepas 12 tahun kembali bersalin. Dalam teruja, ada juga rasa sedikit janggal.
"Walaupun sudah ada tiga cahaya mata, saya anggap ini juga pengalaman baru," katanya kepada BH Online.
Syura dan suaminya, Muhammad Farizat, 29, sepakat untuk memilih Muhammad Umar Eussof sebagai nama anak.
Berkongsi mengenai reaksi suami, Syura berkata, suaminya teruja menyambut kelahiran zuriat pertamanya.
"Suami teruja sebab ini kali pertama bergelar ayah. Suami sambut bayi kami sampai menggigil tangan apabila melihat anak kami.
"Saya menjalani proses berpantang sendiri di Kuala Lumpur. Saya kena ikut nasihat doktor, kalau dibenarkan kerja saya akan kembali kerja seperti biasa," katanya.
Tambah Syura, dia dan suami akan berkongsi gambar Muhammad Umar Eussof apabila tiba masa sesuai.
"Buat masa ini, saya tidak berkongsi wajah anak dahulu.
"Kita pun tak mahu perkara tidak diingini berlaku. Tetapi, tidaklah saya akan sorok lama.
"Insya-Allah, saya akan berkongsi bila tiba masa sesuai," katanya.
Syura dan Muhammad Farizat mendirikan rumah tangga pada 22 Januari tahun lalu selepas lima tahun mengenali hati budi.
Ini adalah perkahwinan kedua Syura selepas bercerai dengan bekas suami, Mohd Fadhly Md Yassin pada Ogos 2015.
Menerusi perkahwinan pertama, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Nurul Dania Irdani, Nurul Qaisara Sofia dan Muhammad Irfan Aryan.