Undi selebriti pilihan Artis ABPBH 36
Undi artis pilihan anda dalam kategori UTAMA dan EKSTRA PALING POPULAR! pada ABPBH 36
KUALA LUMPUR: Sunway Theme Parks yang menguruskan Sunway Lagoon, Sunway Lost World Of Tambun dan Sunway Lost World Hotel membawa keterujaan terhadap rakyat Malaysia menerusi acara Mega Roadshow di seluruh negara selama 10 hari bermula semalam.
Acara Sunway Theme Parks Mega Roadshow mendapat kerjasama 50 ejen pelancongan yang sah dan bakal diadakan di tiga lokasi utama iaitu Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur; Aeon Mall Tebrau City, Johor dan Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang.
Ini juga membolehkan Sunway Theme Parks berinteraksi menerusi dalam dan luar talian bersama rakyat Malaysia sambil mempromosikan pakej, tawaran dan promosi menakjubkan yang turut disertai jenama tempatan kesukaan.
Serentak itu, Sunway Theme Parks memperkenalkan platform dalam talian dipanggil STP Studios yang meliputi kandungan menarik dan hangat.
"STP Studios adalah platform terbaru dalam talian yang ditayangkan mulai hari ini sehingga 20 Februari ini di Sunway Velocity Mall. Platform ini akan menampilkan pakej dan promosi menakjubkan.
"STP Studios juga menjadi satu-satunya saluran penonton seluruh dunia menyaksikan pelancaran produk baharu, info hiburan lebih mendalam dan membuka peluang kepada rakyat Malaysia berinteraksi dengan Sunway Theme Parks.
"Perkara menarik ini akan disertai dengan pemberian hadiah menerusi cabutan bertuah bernilai sehingga RM500,000.
STP Studios akan bersiaran secara langsung pada setiap Jumaat, jam 11 pagi.
"Selesai di Kuala Lumpur, lokasi berganjak ke Aeon Mall Tebrau City antara 22 hingga 27 Februari dan seterusnya, Sunway Carnival Mall (24 hingga 27 Februari)," kata Pengarah Eksekutif Sunway Theme Parks, Calvin Ho.
Sunway Theme Parks Mega Roadshow dan STP Studios turut bekerjasama dengan jenama tempatan.
Antaranya, Sunway Pals, Sunway Property, Sunway Velocity Mall, Sunway Carnival Mall, Sunway Multicare Pharmacy, Hotel Sunway Pyramid, Hotel Sunway Velocity, Sunway Hotel Big Box dan Sunway Traditional & Complementary Medicine Centre.
"Tidak ketinggalan, Sunway International Schools, Sunway eMall, Malaysia Airlines, Funko Pop oleh Sheldonet dan Komuniti Tukang Jahit (KTJ).
"Jenama tempatan lain turut memberi sokongan dalam acara termasuklah Sports Direct dan Cuckoo," katanya.
Selain itu, acara berkenaan turut mendapat sokongan Tourism Malaysia dan Amazing Sunway City Kuala Lumpur.
"Sunway Theme Parks Mega Roadshow dan tayangan perdana STP Studios menandakan keyakinan kami dalam industri pelancongan domestik dan global.
"Berdasarkan cadangan kerajaan mengenai penarikan semula sekatan pelancongan antarabangsa mulai 1 Mac depan, kami optimis dengan pemulihan industri itu.
"Dengan berlangsungnya pameran ini, terutamanya tayangan perdana STP Studios, reaksi penonton akan mewujudkan satu kesedaran meluas mengenai jenama Sunway Theme Parks dan jenama lain," kata Ho.