Undi selebriti pilihan Artis ABPBH 36
Undi artis pilihan anda dalam kategori UTAMA dan EKSTRA PALING POPULAR! pada ABPBH 36
KUALA LUMPUR: Pelakon Datin Niena Baharun selamat melahirkan anak kedua di sebuah pusat perubatan di sini, semalam.
Bayi perempuan seberat kira-kira tiga kilogram (kg) itu dilahirkan secara pembedahan pada jam 9.03 pagi.
Niena yang mula dikenali menerusi drama Sayangku Kapten Mukhriz, bersyukur puterinya menjadi pelengkap kebahagiaan bersama suami tercinta.
"Impian saya hendak melahirkan anak perempuan jadi kenyataan. Sudah ada sepasang.
"Lebih manis, kehadiran anak kedua ini serupa tarikh dengan abangnya, Adiel Mikael, malah, disambut doktor yang sama.
Ditanya mengenai nama anaknya itu, Niena berkata, dia dan suami belum membuat keputusan.
"Suami mahu selesaikan dahulu tempoh tujuh hari bersalin. Selepas itu, Insya-Allah, kami putuskan nama sesuai.
"Alhamdulillah, keadaan saya dan anak okay," katanya.
Niena berkahwin dengan Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadi pada 1 Februari 2018 di Masjid Al Sultan Ismail Petra, Kota Bahru, Kelantan.