BERITA ABPBH

KJH 2026 tutup tirai di Stadium Merdeka

26 Nov 2026 | Shamshul Azree Samshir

KUALA LUMPUR: Karnival Jom Heboh (KJH) 2026 bakal menutup tirai dengan pelbagai tarikan menarik apabila Stadium Merdeka di ibu negara, dipilih sebagai lokasi edisi terakhir acara untuk seisi keluarga itu, mulai esok hingga Ahad ini.

Karnival edisi ke-23 itu tampil menerusi kolaborasi bersama Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) anjuran Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), menggabungkan elemen hiburan, aktiviti kekeluargaan serta pendidikan kewangan dalam satu acara.

KJH yang diiktiraf The Malaysia Book of Records sebagai 'Longest Running Outdoor Carnival' bukan sahaja menawarkan peluang menikmati persembahan artis popular, malah, memberi ruang kepada pengunjung mendalami pengetahuan mengenai pelaburan dan pengurusan kewangan menerusi pelbagai pengisian MSAM.

Lebih menarik, pengunjung berpeluang memenangi pelbagai hadiah lumayan menerusi cabutan bertuah MSAM termasuk sebuah rumah teres dua tingkat di Suasana Bandar Ainsdale, kereta BYD Seal Performance dan pakej pelancongan bernilai RM50,000. Hadiah cabutan bertuah harian turut ditawarkan, antaranya Toyota Vios, Perodua QV-E, motosikal serta pakej percutian.

Selain itu, pelbagai aktiviti interaktif disediakan untuk pengunjung seisi keluarga termasuk Pertandingan Karaoke Drama Sangat, Buletin Challenge serta sesi 'meet and greet' bersama pelakon drama serta personaliti TV3 dan TV9.

Tidak ketinggalan, pertandingan pakai tradisional kanak-kanak dan pertandingan mewarna. Pengunjung juga boleh menikmati pemeriksaan kesihatan dan pergigian percuma, aktiviti zumba serta Jom Lokal Jam.

Lebih 150 reruai daripada pelbagai jenama turut memeriahkan kawasan karnival, Antaranya adalah Maybank, Sime Darby, Fernleaf, Koko Krunch, Oatlife dan Grab. Pengunjung juga boleh singgah ke Zon foodpanda yang menghimpunkan pelbagai vendor makanan dan minuman, sekaligus melengkapkan pengalaman berkunjung bersama keluarga.

Bagi penggemar aktiviti kecergasan, Jom Heboh Fun Run Lari Baik-Baik bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) turut melengkapkan pengisian karnival menerusi acara larian sejauh lima kilometer (km), Ahad ini.

Peserta yang menyertai acara itu akan menerima jersi rasmi, pingat penamat eksklusif, beg tote, nombor bib dan cenderamata.

Peserta juga berpeluang memenangi 50 hadiah cabutan bertuah. Acara itu turut membuka peluang kepada peserta beramah mesra dengan pelakon drama, personaliti Media Prima Berhad (MPB) dan selebriti popular.

Dengan purata kehadiran melebihi 300,000 pengunjung di setiap lokasi, KJH terus menjadi platform yang menghimpunkan masyarakat menerusi gabungan hiburan, gaya hidup, aktiviti kekeluargaan dan pengisian komuniti.

Kerjasama bersama MSAM kali ini turut memperluas pengalaman pengunjung dengan pendedahan mengenai kepentingan perancangan kewangan.

Sebagai antara tarikan utama, Konsert Jom Heboh bakal berlangsung selama dua malam bermula jam 9 malam. Sabtu ini, pentas bakal menampilkan Man Bai, Bella Astillah, Syamel, Ernie Zakri, Black Hanifah dan Kristal X.

Keesokannya, konsert menampilkan K.O.I, Drama Band, Mary Grace, Kai Deva dan Floor 88. Konsert turut dimeriahkan dengan kehadiran hos Kieran, Keymi, Fizi Ali dan Muaz.

Orang ramai dijemput memeriahkan Karnival Jom Heboh x MSAM 2026 di Stadium Merdeka dengan pelbagai aktiviti, persembahan dan tawaran menarik menanti sepanjang penganjuran.

Pengunjung dapat meluangkan masa berkualiti bersama keluarga, meneroka reruai serta merebut peluang membawa pulang hadiah lumayan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh layari www.jomheboh.com.my atau mengikuti Facebook (FB) dan Instagram (IG) @jomhebohofficial.