Undi selebriti pilihan Artis ABPBH 36

Undi artis pilihan anda dalam kategori UTAMA dan EKSTRA PALING POPULAR! pada ABPBH 36

BERITA ABPBH

Ini kemenangan terbaik saya - Zizan

22 Sep 2019 | Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

PUTRAJAYA: Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32,

Zizan Razak, menganggap pencapaiannya kali ini adalah yang terbaik.

Katanya, dia masih menjadi pilihan peminat selepas lebih sedekad dalam industri seni.

"Saya masih menang walaupun lebih 12 tahun dalam industri. Alhamdulillah, rezeki luas yang dikurniakan buat saya.

"Bukan hanya ABPBH, saya juga menang pada anugerah lain. Ini berkat doa ibu bapa saya.

"Rahsia kemenangan saya mungkin kerana ada sahaja filem saya ditayangkan, setiap tahun," katanya.

Zizan turut membuat persembahan pada malam kemuncak ABPBH 32 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini.

Artis Komedi Popular, Zizan Razak. - NSTP/Surianie Mohd Hanif
Artis Komedi Popular, Zizan Razak. - NSTP/Surianie Mohd Hanif

Zizan Razak dan Ismail Izzani membuat persembahan pada malam Kemuncak ABPBH 32. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Zizan Razak dan Ismail Izzani membuat persembahan pada malam Kemuncak ABPBH 32. - NSTP/Eizairi Shamsudin

Lagi gambar: https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/13/2019/09/609530/anugerah-bint...

xx