Undi selebriti pilihan Artis ABPBH 36

Undi artis pilihan anda dalam kategori UTAMA dan EKSTRA PALING POPULAR! pada ABPBH 36

BERITA ABPBH

Ibu Aaron Aziz meninggal dunia

08 Nov 2020 | Farihad Shalla Mahmud

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular, Datuk Aaron Aziz meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Singapura, malam tadi.

Isteri Aaron, Datin Diyana Halik mengesahkan punca kematian ibu mentuanya, Allahyarham Juriana Jaafar disebabkan serangan jantung.

"Ya, Mummy meninggal dunia di hospital di Singapura akibat serangan jantung," katanya ketika dihubungi BH Online.

Terdahulu, pelakon drama rantaian Jalan Sesat Ke Syurga ini turut berkongsi berita duka pemergian ibunya di Facebook (FB) dan Instagram (IG).

"Innalillahwainailaihirojiuun. Ya Allah ambillah pahala daripada ibadat umrahku serta selamatkanlah ibuku dari seksa kubur dan api neraka. Ambillah segala kerja amalku untuk menemani ibu di Alam Barzakh.

"Tempatkanlah ibuku di antara hamba hamba Mu yang akan menikmati Jannahtul Firdaus A'la. Allahummaghfirlaha warhamha wa'afihi wa'fuanha. Saya sayang ibu lebih daripada segala-galanya di dunia ini," katanya.

Sebelum ini, pemenang dua kali Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ini sering berkongsi keadaan kesihatan arwah serta memohon doa agar ibunya pulih seperti sedia kala.