Undi selebriti pilihan Artis ABPBH 35
Undi selebriti pilihan anda mengikut kategori ABPBH yang
telah dipertandingkan pada tahun ini
KUALA LUMPUR: Personaliti TV3, Fedtri Yahya menerusi ciapan dimuat naik dalam akaun Twitter mencadangkan agar Perdana Menteri Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan tugas dengan membaca khutbah Jumaat, esok.
Fedtri menerusi ciapan itu turut meletakkan tag akaun PM baharu dilantik itu.
"Rasanya cantik jika Datuk Seri @anwaribrahim boleh jadikan Jumaat pertama esok sebagai #PM10 dengan membaca khutbah solat Jumaat.
"Kita harap masjid lebih makmur dengan sudut keilmuan, melahirkan hujjatul Islam yang berkualiti," tulisnya.
Ciapan pengacara program Jejak Rasul itu ternyata mendapat maklum balas positif daripada pengikutnya apabila menerima hampir 20,000 tanda suka dan diulang ciap lebih 8,000 kali.
Rata-rata ramai bersetuju dan menyokong cadangan disuarakan personaliti berusia 41 tahun itu.
Seorang pengikut yang dikenali sebagai Adawiyah Ahmad memberikan cadangan agar khutbah oleh PM-10 itu dibacakan di Masjid Putrajaya.
"Masjid Putrajaya pun ok tu," komennya.
Sementara itu, pemilik akaun dikenali sebagai Yt Khalid pula meninggalkan komen bersetuju dengan saranan Fedtri itu.
"Saya setuju.. barokah Jumaat.. semoga Allah pelihara kita & Malaysia," komennya.
Terdahulu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-10.
Istiadat angkat sumpah di Istana Negara, petang tadi menamatkan kemelut politik melanda negara pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) selepas tiada gabungan parti politik meraih kemenangan dengan majoriti mudah.