Undi selebriti pilihan Artis ABPBH 35

Undi selebriti pilihan anda mengikut kategori ABPBH yang telah dipertandingkan pada tahun ini

BERITA ABPBH

Hampir enam juta tonton ABPBH 32

25 Sep 2019 | Shamshul Azree Samshir

KUALA LUMPUR: Menobatkan Mira Filzah sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 yang disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Ahad lalu, merekodkan 5.8 juta penonton.

Mengikut data Nielsen Malaysia, ABPBH 32 yang disiarkan mulai jam 9 malam, merekodkan 47.5 peratus syer penonton ketika bersiaran, menandingi pelbagai program lain yang turut ditayangkan pada waktu sama.

Jumlah itu lebih tinggi berbanding ABPBH 31 yang menyaksikan Wany Hasrita menggondol trofi Bintang Paling Popular, memonopoli 41.3 peratus syer penonton.

ABPBH 32 bertemakan Melangkaui Sempadan mengumumkan Mira sebagai penerima trofi rebutan, Bintang Paling Popular dengan 6,320,463 undian.

Pada malam gilang-gemilang itu, Mira atau nama lengkapnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman mengungguli kategori Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa; Pelakon Filem Wanita Popular dan kategori online, Gandingan Serasi Drama Popular menerusi Pujaan Hati Kanda.

Dengan kemenangan itu, Mira menerima hadiah utama kereta Nissan X-Trail 2.0L Hybrid bernilai RM160,000, sumbangan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) dan trofi.

Trofi disampaikan pemenang Bintang Paling Popular ABPBH 1990, Aishah.

Penaja utama ABPBH 32 adalah Alha Alfa Cosmetics manakala DuitNow penaja bersama.

Edisi ke-32 acara anugerah hiburan pilihan peminat paling lama bertahan di Malaysia ini mengumumkan pemenang bagi 15 kategori utama, termasuk kategori baharu, Artis Korea Popular dan Artis Indonesia Popular.

Turut diumumkan adalah pemenang bagi lima kategori online.

INFO

SENARAI PEMENANG ABPBH 32

Kategori Utama

> Bintang Paling Popular: Mira Filzah

> Artis Baharu Lelaki Popular: Adam Lee

> Artis Baharu Wanita Popular: Haneesya Hanee

> Pelakon TV Lelaki Popular Alha Alfa: Syafiq Kyle

> Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa: Mira Filzah

> Pelakon Filem Lelaki Popular: Fattah Amin

> Pelakon Filem Wanita Popular: Mira Filzah

> Penyanyi Lelaki Popular DuitNow: Khai Bahar

> Penyanyi Wanita Popular DuitNow: Siti Nordiana

> Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular: Dayang Nurfaizah & Hael Husaini

> Artis Komedi Popular: Zizan Razak

> Artis Versatil Popular: Janna Nick

> Pengacara TV Popular: Siti Nordiana

> Penyampai Radio Popular: DJ Lin (Suria FM)

> Artis Indonesia Popular: Laudya Cynthia Bella

> Artis Korea Popular: BTS

> Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Raihan

Kategori Online

> Gandingan Serasi Drama Popular: Remy Ishak & Mira Filzah (Pujaan Hati Kanda)

> Gandingan Serasi Filem Popular: Syafiq Kyle & Hannah Delisha (Langsuir)

> Pelakon Watak Antagonis Popular: Shukri Yahaya

> Artis Sensasi Popular: Haqiem Rusli

> Lagu Paling Boom: Selamat Tinggal Sayang (Haqiem Rusli)

Lagi gambar Anugerah Bintang Popular BH Ke-32: https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/13/2019/09/609530/anugerah-bint...