Undi selebriti pilihan Artis ABPBH 36

Undi artis pilihan anda dalam kategori UTAMA dan EKSTRA PALING POPULAR! pada ABPBH 36

BERITA ABPBH

Fyna sah isteri Zainal Abidin Hassan

09 Jan 2023 | Farihad Shalla Mahmud

SHAH ALAM: Penyanyi Fyna Jebat mengesahkan bernikah dengan bekas pengendali pasukan bola sepak Penang FC dan Melaka United, Datuk Zainal Abidin Hassan.

Fyna atau nama sebenar, Nurshafyna Jebat, 29, bagaimanapun enggan mendedahkan butiran terperinci pernikahannya itu.

"Alhamdulillah, saya sudah pun bernikah. Terima kasih banyak-banyak kepada anda yang memberi komen yang baik.

@bharianmy Fyna Jebat mengaku sudah bernikah dengan Zainal Abidin Hassan, namun enggan kongsi butiran perkahwinan #BeritaDiTikTok ♬ original sound - Berita Harian

"Harap dapat doakan saya dan keluarga," katanya ditemui selepas konsert mingguan program realiti terbitan TV3, Famili Duo yang disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral di sini, malam tadi.

Sementara itu, kakak kepada Fyna yang juga penyanyi Ayda Jebat lega dengan keberanian adiknya mendedahkan status perkahwinan.

Ayda Jebat dan Fyna Jebat juara mingguan program realiti, Famili Duo di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. - NSTP/Hairul Anuar Rahim
Ayda Jebat dan Fyna Jebat juara mingguan program realiti, Famili Duo di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

"Rasanya tidak ada apa lagi yang perlu diceritakan. Saya berbangga apabila adik bercerita perkara ini kepada semua orang.

"Terima kasih atas doa kepada kami," katanya.

Persembahan Ayda Jebat dan Fyna Jebat ketika program realiti, Famili Duo di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. - NSTP/Hairul Anuar Rahim
Persembahan Ayda Jebat dan Fyna Jebat ketika program realiti, Famili Duo di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

Ayda Jebat dan Fyna Jebat diumumkan juara mingguan program realiti, Famili Duo di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. - NSTP/Hairul Anuar Rahim
Ayda Jebat dan Fyna Jebat diumumkan juara mingguan program realiti, Famili Duo di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan gosip Zainal Abidin bernikah dengan seorang wanita berusia 29 tahun apabila topik itu menjadi perbualan hangat dalam media sosial.

Beberapa portal dilaporkan memetik nama bekas pengendali Penang FC dan Melaka United itu melangsungkan perkahwinan dengan wanita terbabit yang dikatakan adik kepada Ayda, iaitu Fyna.

Arena Metro memetik sumber yang mengesahkan pasangan terbabit berkahwin, baru-baru ini, namun hanya diketahui individu dan ahli keluarga terdekat.

Mengikut rekod, Zainal Abidin berkahwin kali pertama pada 1980-an dan dikurniakan tiga anak.

Zainal Abidin cukup terkenal sebagai penyerang skuad kebangsaan era 1980-an dan 1990-an yang membantu Malaysia meraih pelbagai kejayaan.