Undi selebriti pilihan Artis ABPBH 36
Undi artis pilihan anda dalam kategori UTAMA dan EKSTRA PALING POPULAR! pada ABPBH 36
KUALA LUMPUR: Fattah Amin merampas semula trofi Pelakon Filem Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34.
Kali terakhir merangkul trofi itu pada ABPBH 32, Fattah menewaskan empat calon lain iaitu Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Syahmi Sazli dan Izuan Fitri.
"Alhamdulillah, syukur atas rezeki dan kejayaan ini. Saya tidak sangka menang kategori ini buat kali kedua. Terima kasih peminat dan penyokong kerjaya seni saya dari dulu hingga sekarang.
"Biarpun berdepan nasib kurang baik apabila filem ini ditayangkan pada era pandemik COVID-19 hingga tidak ramai berani masuk pawagam, ada hikmah atas semua yang terjadi.
"Saya beroleh rezeki lain dengan kemenangan pada acara festival filem luar negara. Sekarang, ABPBH 34 pula tertulis rezeki ini.
"Terima kasih akhbar BH dan penganjur atas pengendalian acara ini biarpun dalam norma baharu," katanya kepada BH Online.
Fattah bersyukur peminat masih menyokong dan mengambil tahu apa yang dilakukannya dalam dunia seni.
"Apabila dicalonkan dan menang, ini menunjukkan masih ada peminat yang menyokong dan mengambil tahu apa saya lakukan. Ini juga bukti diri ini masih ada permintaan dan dihargai.
"Kejayaan ini jadi suntikan semangat untuk saya terus bekerja keras dan memperbaiki kelemahan. Ini bukan ruang untuk saya terus selesa dengan apa yang sudah ada.
"Di platform media sosial seperti Instagram (IG), saya sedar dan perasan ada peminat beri sokongan jitu segala yang dilakukan. Begitu juga untuk isteri saya, Nur Fazura," katanya.
Fattah yang juga penerima trofi Bintang Paling Popular ABPBH 3.0, membintangi filem Mimaland arahan Nevin Hiong dan diumumkan Pelakon Lelaki Terbaik di World Film Carnival (WFC) Singapore 2021.
April lalu, Mimaland turut diangkat sebagai Filem Seram Terbaik pada AltFF Alternative Film Festival Spring 2021 di Toronto, Kanada.