Undi selebriti pilihan Artis ABPBH 36
Undi artis pilihan anda dalam kategori UTAMA dan EKSTRA PALING POPULAR! pada ABPBH 36
SHAH ALAM: Walaupun rumah tangganya bersama pelakon Diana Danielle dilanda badai, namun teraju utama filem Anwar: The Untold Story, Farid Kamil berharap dapat meraikan Aidiladha dalam keluarga sempurna.
Farid ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini bagi prosiding sebutan semula 'inter-parte' (kedua-dua pihak) hadanah berhubung hak penjagaan interim (sementara) anaknya, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8, berkata sudah menjadi tradisi meraikan Aidiladha di kampung halaman di Alor Star, Kedah sejak mendirikan rumah tangga 12 tahun lalu.
Justeru, Farid amat berharap agar isterinya dapat pulang meraikan Aidiladha bersama keluarganya di Alor Setar.
"Harapan saya dapat membawa isteri dan anak-anak pulang menyambut Aidiladha di kampung. Saya merancang beraya di kampung seperti biasa, jadi insya-Allah saya akan usahakan juga dapat membawa mereka.
"Sudah menjadi tradisi keluarga untuk beraya di kampung setiap kali musim perayaan," katanya ketika mengulas mengenai perancangan menyambut Aidiladha.
Aidilfitri lalu, Farid berkesempatan membawa pulang anak sulungnya, Muhammad pulang ke kampung selama seminggu untuk beraya.
Kegembiraan dikongsikan Farid menerusi hantaran dimuat naik ke Instagram. Dalam hantaran itu, Muhamad dilihat berada di saf hadapan ketika menunaikan solat Aidilfitri bersama sepupunya, Aisy Mateen yang juga anak kepada pasangan selebriti, Fadzil Zahari dan Yana Samsudin.