Undi selebriti pilihan Artis ABPBH 36

Undi artis pilihan anda dalam kategori UTAMA dan EKSTRA PALING POPULAR! pada ABPBH 36

BERITA ABPBH

Elica Paujin juara Big Stage 2022

28 Mar 2022 | Fatin Farhana Ariffin

PUTRAJAYA: Beban emosi dan penghayatan jitu dalam persembahan Elica Paujin ketika mendendangkan lagu Cinta nyanyian asal, Marsha Milan di pentas akhir Big Stage 2022 di sini, malam tadi, memberi kelebihan kepada gadis Sabah itu untuk diangkat sebagai juara.

Menewaskan empat peserta lain, Elica meraih hadiah wang tunai RM100,000 dan trofi.

Selain lagu Cinta, Elica tampil bersama Hael Husaini mendendangkan lagu Believer pada pentas akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini.

Menewaskan empat peserta lain, Elica meraih hadiah wang tunai RM100,000 dan trofi. - NSTP/Owee Ah Chun
Menewaskan empat peserta lain, Elica meraih hadiah wang tunai RM100,000 dan trofi. - NSTP/Owee Ah Chun

Tempat kedua dimenangi seorang lagi peserta berasal dari Sabah, Danial Chuer manakala tempat ketiga milik Aisha Retno.

Aisha diumumkan menduduki tempat ketiga Big Stage 2022 yang berlangsung di PICC, Putrajaya, malam tadi. Foto IG Big Stage Official
Aisha diumumkan menduduki tempat ketiga Big Stage 2022 yang berlangsung di PICC, Putrajaya, malam tadi. Foto IG Big Stage Official

Yazmin Aziz pula diumum meraih tempat keempat diikuti Tegar Septian di tempat kelima.

Danial membawa pulang wang tunai RM50,000 dan trofi manakala Aisha wang tunai RM25,000 serta trofi.

Menitiskan air mata di pentas, Elica sangat terharu dan berterima kasih kepada semua pihak atas kejayaannya.

Aksi Elica ketika mendendangkan lagu Cinta di pentas akhir Big Stage di PICC, Putrajaya, malam tadi. Foto IG Big Stage Official
Aksi Elica ketika mendendangkan lagu Cinta di pentas akhir Big Stage di PICC, Putrajaya, malam tadi. Foto IG Big Stage Official

"Syukur kepada Tuhan atas rezeki yang diberi. Terima kasih kepada abang Ajai dan Datuk Seri Siti Nurhaliza kerana beri banyak ilmu kepada saya.

"Juga ucapan terima kasih kepada peminat, ibu bapa dan Astro kerana memberi peluang kepada saya menyertai Big Stage 2022," katanya.

Elica Prujin (tengah) menjuarai Big Stage 2022, tempat kedua dimenangi seorang lagi peserta berasal dari Sabah, Danial Chuer (kiri) manakala tempat ketiga milik Aisha Retno. - NSTP/Owee Ah Chun
Elica Prujin (tengah) menjuarai Big Stage 2022, tempat kedua dimenangi seorang lagi peserta berasal dari Sabah, Danial Chuer (kiri) manakala tempat ketiga milik Aisha Retno. - NSTP/Owee Ah Chun

Pada edisi keempat program realiti itu, Siti dan Ajai menduduki kerusi juri tetap dan Datuk Seri Vida bertindak sebagai Presiden Netizen.

Juri Juara pada minggu ini adalah Aliff Aziz manakala Juri Pedas, Elly Mazlein serta juri jemputan, Aina Abdul. Big Stage 2022 dihoskan Alif Satar dan Sherry Alhadad.

Peserta akhir Big Stage 2022 (dari kiri) Tegar Septian, Yazmin Aziz, Elica Prujin, Danial Chuer dan Aisha Retno. - NSTP/Owee Ah Chun
Peserta akhir Big Stage 2022 (dari kiri) Tegar Septian, Yazmin Aziz, Elica Prujin, Danial Chuer dan Aisha Retno. - NSTP/Owee Ah Chun