Undi selebriti pilihan Artis ABPBH 36
Undi artis pilihan anda dalam kategori UTAMA dan EKSTRA PALING POPULAR! pada ABPBH 36
KUALA LUMPUR: Mengukuhkan kedudukan sebagai stesen televisyen (TV) pilihan ramai, satu lagi kejayaan dicapai TV3, yang baru-baru ini menyambut ulang tahun ke-38 penubuhannya.
Mengikut laporan terkini, Buletin TV3, kekal menjadi pilihan nombor 1 rakyat Malaysia.
TV3 dalam kenyataan menyebut, pencapaian itu berdasarkan laporan Berita Digital Reuters Institute 2022 dan University of Oxford.
Menurut laporan itu, Buletin TV3 mengungguli media lain dalam kategori TV, radio dan media cetak dengan memperoleh skor penggunaan mingguan sebanyak 53 peratus.
Ini diikuti Harian Metro sebanyak 29 peratus dan Berita Harian (BH) sebanyak 28 peratus.
Mengikut laporan itu, Buletin TV9 pula meningkat satu anak tangga dan berada pada kedudukan kelapan berbanding tempat kesembilan, tahun lalu.
"Kajian juga menunjukkan berita dalam talian dan media sosial menjadi sumber berita utama di negara ini," kata kenyataan itu.
Baru-baru ini, sempena ulang tahun ke-38 dan mengubat rindu peminat, 12 ikon penyiaran TV3 memberi kejutan kepada penonton setia Buletin TV3 dengan penampilan istimewa, mulai 1 Jun lalu.
Penyampai berita itu adalah Senator Datuk Ras Adiba Radzi, Rosli Dahamin, Fuad Rahman, Datuk Jasni Shafie, Abu Bakar Atan, Zainal Ariffin Ismail, Ezzah Aziz Fawzy, Nurfarahin Jamsari, Azmi Aziz, Azura Abdul Karim, Datuk Dahlan Maamor dan Zakiah Anas.
Mereka digandingkan bersama barisan penyampai pelapis seperti Mior Abdul Malek Raiyani, Azaria Tagaya, Amirulhakim Lokman, Asrulnizam Kadir, Ezreena Amir Hamzah, Siti Khadijah Jaafar dan Khairul Rizuan Azizan.
Pengarang Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN), Kamaruddin Mape dilaporkan berkata, kemunculan barisan penyampai berita itu sudah tentu mengembalikan nostalgia dan mengubati rindu penonton yang ingin melihat ikon penyiaran beraksi semula dalam Buletin TV3.
Untuk mendapatkan berita terkini dan sahih, Buletin TV3 ada jawapannya.
Buletin TV3 sentiasa bersama anda setiap hari pada jam 8 malam atau strim secara langsung di www.tonton.com.my. Ikuti laman media sosial rasmi Facebook (FB), Instagram (IG) dan Twitter di @TV3Malaysia untuk informasi terkini.