Undi selebriti pilihan Artis ABPBH 36

Undi artis pilihan anda dalam kategori UTAMA dan EKSTRA PALING POPULAR! pada ABPBH 36

BERITA ABPBH

Biar polis buat siasatan - Fyna

30 Jan 2023 | Affan Rostam dan Serimah Mohd Sallehuddin

SHAH ALAM: Penyanyi Fyna Jebat enggan mengulas dakwaan isu pertelingkahan dengan madunya yang juga isteri pertama Datuk Zainal Abidin Hassan, Datin Zalina Zaini.

Fyna yang juga adik kepada penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat berkata, dia menyerahkan siasatan kepada pihak berkuasa.

"Tiada apa yang boleh diperkatakan. Biar isu ini diserahkan kepada siasatan pihak berkuasa," katanya kepada BH Online.

Fyna menjawab pertanyaan media selepas berakhir konsert separuh akhir Famili Duo musim kedua yang disiarkan di TV3, malam tadi.

Terdahulu, dalam kejadian di sebuah restoran di Shah Alam, Fyna didakwa terbabit dalam pertelingkahan berkenaan.

Fyna dan kakaknya, Ayda dinobatkan juara mingguan dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 menerusi konsert Famili Duo separuh akhir, malam tadi. - NSTP/Hairul Anuar Abdul Rahim
Fyna dan kakaknya, Ayda dinobatkan juara mingguan dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 menerusi konsert Famili Duo separuh akhir, malam tadi. - NSTP/Hairul Anuar Abdul Rahim

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan kejadian yang berlaku dan memaklumkan kedua-dua pihak sudah tampil membuat laporan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh tempat awam).

Sementara itu, Fyna dan Ayda berjaya mara ke konsert akhir Famili Duo, Ahad depan.

Pasangan adik-beradik itu juga dinobatkan juara mingguan dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 menerusi konsert Famili Duo separuh akhir.