Undi selebriti pilihan Artis ABPBH 36

Undi artis pilihan anda dalam kategori UTAMA dan EKSTRA PALING POPULAR! pada ABPBH 36

BERITA ABPBH

Azfar Heri dahulu sekadar tonton, kini bolos Top 5

15 Oct 2021 | Zaidi Mohamad

KUALA LUMPUR: Membesar dengan menonton Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) saban tahun, personaliti media sosial dan YouTuber, Azfar Heri tidak menyangka dia bolos sebagai Top 5 dalam kategori YouTuber Popular bagi edisi ke-34 acara anugerah ini.

Azfar atau nama penuh, Muhammad Azfar Herisyam bersaing dengan Alieff Irfan, Aqil Zulkiflee, Che Nom dan Cikidot Channel.

"Saya masih terkejut apabila mendapat tahu mara sebagai Top 5. Saya bersaing dengan YouTuber lain yang sangat hebat dan lebih berpengalaman.

"Ketika mula disenaraikan dalam calon awal, saya tidak sangka. Sudah ke tahap ini, saya percaya semua itu rezeki.

"Tercalon pun sudah kira cukup baik dan buat saya teruja.

"ABPBH ini acara yang saya sendiri membesar dengan menontonnya setiap tahun. Dulu tengok artis berentap sesama sendiri. Kali ini saya pun berentap sekali dengan YouTuber lain," katanya.

Anak sulung daripada empat beradik ini sudah lama mewujudkan akaun YouTube.

"Pada mulanya, sekadar buka akaun sendiri sebab hendak tengok video yang dibuat orang lain. Saya mula mencuba memuat naik kandungan video sendiri pada 2018, tetapi terhenti kemudian.

"Dipendekkan cerita, nama saya tiba-tiba naik di Instagram (IG) dan Twitter kerana sering berkongsi video memasak.

"Daripada situ, kebanyakan pengikut mencadangkan saya aktif di YouTube.

"Tidak berfikir panjang, saya aktifkan semula akaun YouTube pada Julai 2019. Saya teruskan minat memuat naik video memasak di platform berkenaan.

"Lagipun durasi video lebih panjang berbanding media sosial lain," katanya.

Azfar bersaing dengan Alieff, Aqil, Che Nom dan Cikidot menerusi kategori YouTuber Popular, ABPBH 34. - Foto IG Azfar Heri
Azfar bersaing dengan Alieff, Aqil, Che Nom dan Cikidot menerusi kategori YouTuber Popular, ABPBH 34. - Foto IG Azfar Heri

Tambah Azfar, dia masih menuntut dalam bidang rekaan multimedia di sebuah universiti di ibu negara.

"Pada masa sama, saya tambah pendapatan dengan perniagaan lilin wangi dipanggil Nyala. Pejam celik, sudah setahun saya berniaga.

"Namun, sesibuk mana pun membahagi masa dengan belajar dan berniaga, saya curi masa membuat video baharu untuk dimuat naik di YouTube," katanya.

Diaju apakah tidak ingin mencuba bidang lain seperti berlakon, Azfar secara peribadi berasakan belum bersedia terjun ke bidang itu.

"Saya tidak minat berlakon, selain belum bersedia. Namun, pada masa depan, saya tak mampu menebak.

"Sebenarnya, saya ada mendapat tawaran berlakon filem, drama dan telefilem.

"Komitmen saya juga membataskan masa. Jadi, saya tidak terfikir hendak berlakon.

"Hendak jadi pelakon bukan senang. Saya kena ambil masa jika mahu menimbang tawaran berlakon," katanya.