Undi selebriti pilihan Artis ABPBH 35

Undi selebriti pilihan anda mengikut kategori ABPBH yang telah dipertandingkan pada tahun ini

BERITA ABPBH

Anak lambat beritahu sakit - bapa Nad Zainal

24 Nov 2022 | Fatin Farhana Ariffin

AMPANG: Bapa Nad Zainal iaitu Zainal Abidin, 63, mengaku anaknya lewat memaklumkan dirinya berhubung kesakitan dialami.

Zainal berkata, beliau menguruskan kemasukan anaknya itu ke hospital, Isnin lalu selepas mendapati Nad tidak sihat.

"Saya jumpa Nad di rumah dan uruskan ambulans, Isnin lalu. Ketika itu, Nad mengadu sakit dada tetapi mungkin anak saya anggap tidak serius dan boleh sembuh.

"Itupun, Nad lambat beritahu saya. Dia diam dan pendam. Mungkin dia ingat makan ubat boleh baik.

"Malah, ini kali pertama Nad sakit teruk. Dia pernah dijangkiti COVID-19 tetapi tidak teruk begini," katanya.

Sebelum ini, Nad dilaporkan dijangkiti COVID- 19, Mac lalu, namun, tidak mengalami gejala teruk.

Zainal berharap anaknya segera sembuh dan tidak memerlukan alat bantuan pernafasan lagi.

"Semuanya berpunca pendarahan paru-paru hingga Nad sukar bernafas. Saya harap Nad terus kuat dan terima kasih atas semua doa yang dikirim," katanya.