BERITA ABPBH

Alicia Amin, suami sah bercerai selepas dua tahun bersama

02 Mar 2023 | Farihad Shalla Mahmud

KUALA LUMPUR: Pelakon dan model sensasi, Alicia Amin, 28, mengesahkan bercerai talak satu secara baik dengan suaminya, Dr Farzan Iqbal, 29, semalam.

Bagaimanapun, pelakon filem The Disappearance of Irdina Adhwa itu enggan mendedahkan secara terperinci punca perceraian dengan Farzan.

Mengulas lanjut, Alicia atau nama sebenarnya, Raja Alicia Raja Amin reda dengan takdir yang tertulis. Bagaimanapun, hubungannya dengan bekas suami masih baik.

"Saya baik-baik sahaja. Kami masih berkawan baik dan tiada drama," katanya kepada BH Online.

Terdahulu, pelakon drama The Bridge dan Ex Aku Pontianak itu mencetuskan spekulasi ramai mengenai statusnya selepas memuat naik hantaran di Instagram (IG), beberapa jam lalu.

Alicia mencetuskan spekulasi ramai mengenai statusnya selepas memuat naik hantaran di Instagram (IG), beberapa jam lalu. - Foto IG Alicia Amin
Alicia mencetuskan spekulasi ramai mengenai statusnya selepas memuat naik hantaran di Instagram (IG), beberapa jam lalu. - Foto IG Alicia Amin

Dalam video itu, Alicia mengenakan jubah dan tudung berwarna hitam.

Sambil dipayungi seorang lelaki, Alicia kelihatan beredar dari sebuah bangunan seakan-akan mahkamah.

Video itu dilatari lagu nyanyian Joe Flizzow berjudul Baek. Antara lirik diselitkan, 'jumpa janda baik bawa balik janda baik'.

Alicia dan Farzan mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2021 dalam satu majlis ringkas. Bagaimanapun, pasangan berkenaan tidak dikurniakan cahaya mata.