Undi selebriti pilihan Artis ABPBH 36

Undi artis pilihan anda dalam kategori UTAMA dan EKSTRA PALING POPULAR! pada ABPBH 36

BERITA ABPBH

Adi akur digugurkan watak Mat Kilau

24 Mar 2023 | Farihad Shalla Mahmud

AMPANG: Aktor Datuk Adi Putra mengesahkan tidak terbabit dalam pembikinan filem prekuel Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.

Adi berkata, dia akur dengan keputusan selepas menerima satu kenyataan dikeluarkan oleh penerbit filem, Studio Kembara Sdn Bhd berhubung perkara itu.

"Saya dapat pengesahan menerusi kenyataan dikeluarkan penerbit, saya akur setiap keputusan dibuat.

"Saya terima dengan qada dan qadar," katanya kepada BH Online.

Watak Mat Kilau bukan lagi menjadi milik Adi apabila namanya tidak disenarai dalam filem prekuel Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan. - Foto IG Adi Putra
Watak Mat Kilau bukan lagi menjadi milik Adi apabila namanya tidak disenarai dalam filem prekuel Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan. - Foto IG Adi Putra

Ditanya adakah mempersoalkan perkara itu kepada penerbit, Adi berkata, perkara itu di luar bidang kuasanya.

"Penerbit dan pelakon ada batasan. Penerbit ada kuasa untuk menerbit dan membuat ketentuan dari segi pemilihan.

"Sebagai pelakon dalam kategori 'freelance', tidak ada hak mutlak kerana kami tidak menerbitkan sesuatu," ujarnya.

Terdahulu, penerbit Studio Kembara Sdn Bhd, Abdul Rahman Mt Dali mengesahkan, pengarah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Syamsul Yusof tidak akan terbabit dalam pembikinan prekuel filem terpecah panggung itu pada Oktober tahun lalu.

Abdul Rahman berkata, dua pelakon utama Mat Kilau, Datuk Adi Putra dan Beto Kusyairy juga tidak terbabit dalam produksi tersebut.

Adi ditemui pada acara Laskar Raya 2023 yang diadakan di sebuah premis acara, baru-baru ini.

Pada acara itu, pemenang trofi Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-32 (FFM32) turut diumumkan sebagai duta bagi koleksi baju Melayu raya Starvilion.