Undi selebriti pilihan Artis ABPBH 36

Undi artis pilihan anda dalam kategori UTAMA dan EKSTRA PALING POPULAR! pada ABPBH 36

BERITA ABPBH

Buaya 400 kg cuba sambar pemancing ditangkap

13 Nov 2022 | Melvin Joni

SIMUNJAN: Seekor buaya yang dipercayai cuba menyambar seorang pemancing berjaya ditangkap oleh Pasukan Swift Wildlife Action Team (SWAT), Perbadanan Hutan Sarawak (SFC) di Kampung Sampat, Sebangan semalam.

Reptilia sepanjang 4.57 meter yang dianggarkan seberat 400 kilogram terperangkap di dalam sangkar yang dipasang pasukan SWAT, SFC pada 26 Oktober lalu.

Menurut SFC dalam satu kenyataan, usaha menangkap buaya itu dilakukan susulan perkongsian seorang pemancing di Facebook pada 21 Oktober 2022, yang menyatakan dia hampir disambar reptilia ganas berkenaan ketika sedang memancing di muara Sungai Sebangan.

"Orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada semasa menjalankan aktiviti memancing, menjala atau apa-apa juga aktiviti di persekitaran sungai," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pihak yang menangkap, memburu, berniaga atau memelihara hidupan liar yang dilindungi dan dilindungi sepenuhnya boleh menghubungi talian hotline SFC di 019-8859996 (Kuching), 019-8883561 (Sibu), 019-8332737 (Bintulu) atau 019- 8290994 (Miri).