Undi selebriti pilihan Artis ABPBH 36
Undi artis pilihan anda dalam kategori UTAMA dan EKSTRA PALING POPULAR! pada ABPBH 36
KUALA LUMPUR: Daripada 18 pasukan yang 'diramal' untuk beraksi dalam Liga Super, ia 'bertukar' kepada 16 pasukan selepas Melaka United (MU) dan Sarawak United FC (SUFC) tidak mendapat lesen bertanding musim depan.
Namun, keadaan menjadi lebih 'parah' apabila satu lagi pasukan, PJ City FC membuat keputusan untuk menarik diri daripada meneruskan perjuangan bagi musim 2023.
Keadaan tiga pasukan yang 'lesap' ini menyaksikan saingan Liga Super hanya tinggal 15 pasukan - hanya lebih tiga pasukan daripada format 12 pasukan sedia ada.
Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam menegaskan saingan Liga Super musim 2023 tetap 'hidup' sekalipun hanya akan menampilkan 15 pasukan.
Stuart menjelaskan tiada perbezaan jika hanya tinggal 15 pasukan yang akan berentap pada musim 2023 kerana ia hanya membabitkan operasi semata-mata.
"Tidak ada masalah 15 atau 16 pasukan bertanding pada musim depan. Malah, setiap minggu perlawanan pasukan mempunyai tempoh berehat kelak.
"Ini adalah bukan isu besar dalam melaksanakan perlawanan membabitkan hanya 15 pasukan kerana ia tidak mengubah format liga namun hanya operasi," katanya.
Semalam, skuad 'Phoenix' yang diperkasa sepenuhnya pemain tempatan sah tidak akan beraksi pada musim depan seperti yang diumumkan Presidennya, Datuk Seri Subahan Kamal.
Subahan memaklumkan punca utama menarik diri bukanlah disebabkan masalah kewangan namun kerana pasukannya tidak mampu menyesuaikan diri dengan penstrukturan liga musim depan yang diumumkan sebelum ini.
Dalam masa sama, Stuart menjelaskan tiada kriteria ditetapkan oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang menetapkan bahawa penganjuran liga domestik memerlukan sekurang-kurangnya 16 pasukan.
"Tiada kriteria yang ditetapkan oleh AFC sama ada perlu melaksanakan liga dengan jumlah pasukan genap atau ganjil," katanya.