Undi selebriti pilihan Artis ABPBH 36

Undi artis pilihan anda dalam kategori UTAMA dan EKSTRA PALING POPULAR! pada ABPBH 36

BERITA ABPBH

Tiada provokasi sepanjang penamaan calon PRU15 - Bukit Aman

05 Nov 2022 | Faris Fuad

KUALA LUMPUR: Tiada kekecohan dan tindakan provokasi dikesan berlaku sepanjang proses penamaan calon Parlimen bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di seluruh negara, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali, menzahirkan rasa syukur proses itu berjalan lancar.

"Kosong (tiada kekecohan dan tindakan provokasi). Alhamdulillah, rakyat Malaysia matang dan berdisiplin," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan menggerakkan 31,183 petugas serta aset dron di seluruh negara bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam sempena hari penamaan calon PRU15, hari ini.

Hazani yang juga Pengarah Operasi PDRM bagi PRU15 dipetik, berkata ia membabitkan tugas pemantauan petugas beruniform dan tidak beruniform serta Unit Dron PDRM.

Polis siap siaga bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjaga sepanjang proses penamaan calon PRU15 berlangsung.