Cara Undian ABPBH

duitnowbanner.png

DuitNow

Anda ingin ke Korea? Atau menyaksikan ABPBH 32 secara langsung? Atau mungkin makan bersama penyanyi paling popular tahun ini? Hanya 10sen dengan DuitNow untuk langganan BH Digital.

MAKLUMAT LANJUT CARA MENGUNDI DENGAN DUITNOW 6 X GANDA UNDIAN
subscription.png

Langganan

Gandakan undian anda sehingga 1590 undian dengan melanggan akhbar digital Berita Harian




MAKLUMAT LANJUT CARA MENGUNDI DENGAN LANGGANAN MULA MENGUNDI
free.png

Percuma

Undi artis kegemaran anda dengan 15 undian secara percuma. 15 undian percuma terhad kepada 1 jam 30 minit




CARA MENGUNDI PERCUMA MULA MENGUNDI MAKLUMAT LANJUT

Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) adalah acara anugerah hiburan pilihan peminat terunggul anjuran BH setiap tahun sejak 1987. Ketika itu, ia dikenali sebagai Anugerah Penyanyi dan Pelakon Popular (APPP). Bertahan 32 tahun, ABPBH menjadi antara acara anugerah hiburan paling konsisten apabila ia dianjurkan setiap tahun. ABPBH bertujuan memberi pengiktirafan kepada penggiat seni tanah air, di samping memberi peluang kepada pembaca dan pengikut setia BH untuk memilih artis popular serta menyertai malam kemuncak.

Pencalonan terbuka kepada penggiat seni antaranya pelakon, penyanyi, pengacara TV, penyampai radio dan sebagainya yang aktif dan konsisten dalam bidang masing-masing, dengan sekurang-kurangnya satu produk dihasilkan dari Januari hingga Disember 2018.

Meneruskan rekod cemerlang sebagai acara anugerah hiburan pilihan peminat paling lama bertahan di Malaysia, ABPBH kembali dengan edisi ke-32 bertemakan ‘Melangkaui Sempadan’. Tema baharu ini dipilih bagi mengiktiraf kejayaan artis tempatan mengangkat bakat dan kebolehan mereka bukan sahaja di Malaysia, malah merentasi benua.

Kali ini, ABPBH 32 bakal menyaksikan kepelbagaian dalam pengisiannya menerusi semua platform. Ia merangkumi kandungan digital dan bercetak, media sosial, siri jelajah, aktiviti santai bersama kelab peminat #FANtastik serta showcase istimewa yang dirancang sepanjang Julai, Ogos dan September depan.

Semua acara ini berteraskan falsafah ABPBH yang selama ini bertitik tolak kepada keupayaan individu baik artis mahu pun peminat, meningkatkan keupayaan diri, mencabar kreativiti dan memburu impian menjadi yang terbaik dalam setiap lapangan.

Tema ‘Melangkaui Sempadan’ ini juga sejajar dengan kematangan akhbar BH yang kini berpegang kepada slogan ‘Wadah Pembaharuan’ dalam menjadi sumber informasi dan rujukan rakyat Malaysia melalui kandungan mantap dan menarik. Bersesuaian dengan tema seni sejagat, ABPBH buat kali pertama memasukkan kategori artis antarabangsa iaitu Artis K-pop Popular dan Artis Indonesia Popular dalam senarai kategori utama.

Turut dipertandingkan Penyanyi Lelaki Popular, Penyanyi Wanita Popular, Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular, Artis Komedi Popular, Artis Versatil Popular, Pengacara TV Popular dan Penyampai Radio Popular. Selain itu, lima kategori online dipertandingkan iaitu Artis Sensasi Popular, Gandingan Serasi Drama Popular, Gandingan Serasi Filem Popular, Watak Antagonis Popular dan Lagu Paling Boom.

Selain trofi utama, Bintang Paling Popular, ABPBH juga memberi pengiktirafan kepada anak seni yang banyak menabur jasa kepada industri seni hiburan iaitu Anugerah Sepanjang Hayat yang akan diumumkan pada malam kemuncak. Acara kemuncak ABPBH 32 akan disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada hari Ahad, 22 September 2019. Lokasi rasmi acara kemuncak ABPBH 32 turut ditaja oleh Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) sebagai penyiar televisyen rasmi, Kool FM dan Hot FM sebagai stesen radio rasmi dan TONTON sebagai platform digital rasmi.

Rakan & Penaja Rasmi

Akhbar
Rasmi
Penyiar
Rasmi
Penaja
Utama
Penaja
Bersama
Radio
Rasmi
Platform Digital
Rasmi
Media
Digital Rasmi
Kapsul Hiburan
Rasmi