Undi selebriti pilihan Artis ABPBH 35

Undi selebriti pilihan anda mengikut kategori ABPBH yang telah dipertandingkan pada tahun ini

BERITA ABPBH

Tak perlu jawab isu nama dipetik - Nur Fazura

12 Aug 2022 | Farihad Shalla Mahmud

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi Nur Fazura anggap dirinya tiada kena mengena dengan isu namanya dipetik ketika siaran langsung TikTok oleh usahawan Neelofa dan suaminya, PU Riz, baru-baru ini.

Nur Fazura menegaskan, tiada keperluan untuknya menjawab soalan mengenai isu berkenaan.

"Saya ada dengar pasal ini juga, Diana ke apa nama. Saya rasa ia tiada kena mengena dengan saya.

"Soalan ini tidak sepatutnya ditanya kepada saya. Apa yang berlaku saya tidak tahu menahu.

"Daripada komen perkara tidak diketahui, lebih baik saya fokus pada apa yang saya lakukan sekarang," katanya ketika kepada BH Online.

Nur Fazura bersama barisan penyanyi yang bakal menjayakan Faztival Fazura pada 11 September depan. - NSTP/Rohanis Shukri
Nur Fazura bersama barisan penyanyi yang bakal menjayakan Faztival Fazura pada 11 September depan. - NSTP/Rohanis Shukri

Nur Fazura ditemui pada majlis sidang media Faztival Fazura yang berlangsung di ibu negara, petang ini.

Terdahulu, tular dalam media sosial mengenai tindakan Neelofa menyekat seorang pengguna TikTok bernama Diana Finaa berikutan kurang senang dengan komen ditulisnya.

Difahamkan, Diana meninggalkan komen bertubi-tubi mengenai bagusnya jika Nur Fazura turut mengeluarkan produk inai.

Pada majlis itu, penyanyi Bisa Apa itu berkongsi bakal mengadakan konsert yang akan menghimpunkan ramai penyanyi popular menerusi penganjuran Faztival Fazura.

Antara penyanyi yang bakal menjayakan konsert berkenaan termasuklah Datuk M Nasir, Datuk Awie, Ella, Ahmad Dhani, Mulan Jameela, Ahmad Band, Ruffedge, Zizi Kirana, Ippo Hafiz dan Amir Masdi.

Konsert berkenaan bakal diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 11 September depan.