Undi selebriti pilihan Artis ABPBH 35

Undi selebriti pilihan anda mengikut kategori ABPBH yang telah dipertandingkan pada tahun ini

BERITA ABPBH

Skrip 'best', Diana Danielle tak tolak

04 Jul 2022 | Fatin Farhana Ariffin

KUALA LUMPUR: Dilihat lebih banyak menjayakan naskhah terbitan platform Over The Top (OTT), tidak bererti pelakon, Diana Danielle kurang berminat beraksi dalam produk dihasilkan stesen televisyen (TV).

Diana berkata, pada usia sekarang, dia lebih cenderung memilih naskhah yang membuatkan dirinya teruja sebaik skrip dibaca.

"Sebagai ibu yang menghargai masa, apabila kita mahu menerima sesuatu tawaran, pasti ada beberapa perkara perlu difikirkan.

"Saya sukakan naskhah di mana apabila saya baca skrip, saya rasa seperti mahu melompat, barulah saya terima.

"Maksudnya, apabila tengok skrip, saya teruja. Saya sudah hilang keseronokan sebab saya sudah lama dalam industri seni, iaitu sejak kecil.

Diana beraksi dalam siri terbaharu terbitan Viu, She Was Pretty yang disiarkan platform penstriman itu setiap Khamis, mulai 23 Jun lalu. Foto IG Diana Danielle
Diana beraksi dalam siri terbaharu terbitan Viu, She Was Pretty yang disiarkan platform penstriman itu setiap Khamis, mulai 23 Jun lalu. Foto IG Diana Danielle

"Jadi, saya rasa susah hendak cari sesuatu yang mengujakan," katanya.

Diana berkata, dia pernah berlakon dalam telefilem bersama Liyana Jasmay.

"Kita tahu Liyana ada pemikiran yang kelakar, skrip dia pun kelakar. Saya masih ingat, saya terima karakter yang diberi. Ketika itu, saya tidak tanya soal bayaran kerana mahu berseronok apabila bekerja.

"Saya mahu rasa seperti saya berumur tujuh atau lapan tahun, di mana ketika itu, saya berlakon di depan cermin disebabkan teruja.

"Bagi saya, perkara ini, kalau kita tidak jaga, minat dalam lakonan hilang," katanya.

Sebelum ini, Diana beraksi dalam siri terbaharu terbitan Viu, Original, Ganjil dan terbaharu, She Was Pretty. She Was Pretty adalah drama adaptasi Korea yang diterajui bintang Korea Selatan, Hwang Jung-uem dan Park Seo-joon.

Menjayakan watak Nadia dalam She Was Pretty, Diana mengaku gugup, namun, mencabar dirinya untuk menjayakan karakter drama Korea kesukaan ramai itu.

"Apa sahaja dari Korea, saya rasa, rata-rata memang berhati-hati. Contohnya, apabila kita mahu menyanyikan semula lagu Korea atau apa sahaja. Ini kerana mereka memberikan kualiti yang tiada tandingannya.

"Hollywood hendak kejar mereka pun susah, apatah lagi industri sekecil kita. Tetapi kita perlu ada hasil yang positif dan pada masa sama, mencabar orang kita agar mencapai standard sama," katanya.

Diana menganggap Shew Was Pretty sebagai drama komedi romantik yang berbeza.

"She Was Pretty adalah drama kesukaan ramai. Disebabkan itu, saya agak gugup menjayakannya. Pada hari pertama penggambaran, saya tidak rasa kaki kerana gugup itu," katanya.

She Was Pretty disiarkan platform penstriman Viu setiap Khamis mulai 23 Jun lalu.