Undi selebriti pilihan Artis ABPBH 35

Undi selebriti pilihan anda mengikut kategori ABPBH yang telah dipertandingkan pada tahun ini

BERITA ABPBH

Single Perempuan luahan hati Jaclyn

08 Aug 2022 | Serimah Mohd Sallehuddin

KUALA LUMPUR: Sekian lama menyepi, akhirnya penyanyi bervokal lantang, Jaclyn Victor, 44, mempertaruhkan single baharu berjudul Perempuan.

Mengetengahkan inti pati kesetiaan dan kejujuran menjadi tunjang dalam perhubungan, namun, ia bukan mengenai kisah peribadi penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Gemilang dan Wajah itu.

Biarpun berdepan kegagalan rumah tangga, Jaclyn percaya kesetiaan dan kejujuran perlu ada dalam hati pasangan untuk kekal bahagia.

Jaclyn menyelami perasaan dan harapan seorang wanita terhadap pasangannya menerusi single Perempuan.
Jaclyn menyelami perasaan dan harapan seorang wanita terhadap pasangannya menerusi single Perempuan.

Jaclyn berkata, single Perempuan ciptaan Johan John dan lirik Khaleel menyelami perasaan dan harapan seorang wanita terhadap pasangannya.

"Selain cinta mendalam, tiada apa yang diharapkan seorang wanita daripada pasangannya melainkan kejujuran dalam perhubungan.

"Walaupun pelbagai ranjau dan rintangan perlu dihadapi, selagi pasangan jujur pasti sesebuah perhubungan dapat bertahan hingga ke akhir hayat.

"Jadi, saya mengharapkan single Perempuan akan mendapat tempat di hati peminat," katanya.

Single Perempuan boleh didengari di semua pelantar digital sejak 29 Julai lalu, manakala video muzik boleh ditonton menerusi saluran YouTube Alternate Records & Talents pada hari yang sama.