BERITA ABPBH

'Ramai tak puas hati wajah Bilal masih ditutup'

[email protected]

KUALA LUMPUR: Selebriti popular, Neelofa menerima kritikan netizen dalam media sosial berikutan masih tetap berpendirian tidak berkongsi wajah anaknya, Muhammad Bilal.

Kritikan itu diterima selepas pengacara program Next To Neelofa itu memuat naik gambar Bilal memakai pelitup muka dan 'emoji' kaca mata hitam serta kapsyen hanya mengalihkan pelitup muka anaknya untuk donut.

Ketika ramai memuji kecomelan Bilal, ada juga tidak berpuas hati dengan tindakan Neelofa seolah-olah mempermainkan perasaan peminat.

Pelbagai reaksi diterima dari pengguna Instagram menerusi hantaran berkenaan. Antaranya, ada yang meminta Neelofa memaklumkan lebih awal apabila bersedia mendedahkan wajah Bilal, ini berikutan mahu mengambil cuti.

Ada juga berpesan agar Neelofa tidak menyeksa pengguna media sosial dengan memuat naik wajah Bilal yang masih ditutup.

Bagaimanapun, ada menasihatkan agar pengguna media sosial bersabar kerana wajah Bilal akan didedahkan, cuma bukan sekarang.

Pelbagai reaksi diterima dari pengguna Instagram apabila Neelofa dan suaminya, PU Riz masih belum mendedahkan wajah Bilal. - Foto IG Neelofa
Pelbagai reaksi diterima dari pengguna Instagram apabila Neelofa dan suaminya, PU Riz masih belum mendedahkan wajah Bilal. - Foto IG Neelofa

Tidak kurang dengan komen dari penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza memuji kecomelan Bilal berdasarkan video baharu dikongsikan dalam media sosial.

"Betul Lofa cakap gebu-gebu macam Afwa (anak kedua Siti) ye," komen Siti. 

Tiga minggu lalu, Neelofa memuat naik gambar suami, PU Riz memegang anak, namun wajah Bilal ditutupi dengan lengan.

Terdahulu, Neelofa mengakui enggan berkongsi wajah Bilal memandangkan anaknya masih kecil, justeru mahu mengelakkan penyakit ain iaitu gangguan disebabkan pandangan.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor berkata, dia mahu anaknya membesar seperti kanak-kanak lain dan hanya akan berkongsi wajahnya bila tiba masa yang sesuai.

Pun begitu, Neelofa tidak meletakkan jangka masa berkongsi wajah Bilal. Namun, masa akan tiba suatu hari nanti.

Terdahulu, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan pendakwah bebas, PU Riz pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan Muhammad Bilal berusia sembilan bulan.