Undi selebriti pilihan Artis ABPBH 36
Undi artis pilihan anda dalam kategori UTAMA dan EKSTRA PALING POPULAR! pada ABPBH 36
KUALA LUMPUR: TV3 buat julung kali memperkenalkan Anugerah Drama Sangat (ADS) khusus buat peminat drama tempatan, Disember depan.
ADS dianjurkan bagi meraikan setiap titisan keringat dan tulang belakang industri hiburan tanah air dalam menghasilkan karya yang boleh memberi peluang kepada peminat menghargai artis kegemaran.
Selain itu, ADS mengiktiraf pengkarya belakang tabir seperti penerbit, pengarah dan penulis skrip yang menjadi komponen utama dalam mengadun karya hingga menyentuh jiwa penonton.
Antara drama hebat yang menjadi sajian hiburan dan pembakar semangat kepada penonton sepanjang pandemik COVID-19 termasuk 7 Hari Mencintaiku 2, Melastik Ke Hatimu, Takdir Yang Tertulis, Budak Tebing, Sabarlah Duhai Hati, Kampung People 2 dan banyak lagi.
ADS mempertandingkan 13 kategori di mana lapan kategori terbuka untuk undian peminat dan selebihnya melalui penilaian juri profesional.
Kategori yang dibuka untuk undian adalah Drama Popular, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Antagonis Terbaik, Pasangan Drama Terbaik, Runut Bunyi (OST) Terbaik, Drama Novel Adaptasi Terbaik dan Babak Tular Drama Terbaik.
Undian sudah dibuka sejak Ahad lalu sehingga 31 Oktober, jam 11.59 malam. Undian untuk lapan kategori yang dipertandingkan boleh dibuat menerusi laman web www.xtra.com.my/anugerahdramasangat.
Setiap pengguna boleh mengundi sebanyak 10 kali sehari untuk setiap alat peranti.
Bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai drama kegemaran, peminat drama boleh melayari laman sosial Facebook (FB), Twitter, YouTube dan Instagram (IG) TV3 iaitu @TV3Malaysia serta Instagram rasmi Drama Sangat di @dramasangat!
Layari laman web www.xtra.com.my/anugerahdramasangat dan gunakan #AnugerahDramaSangat untuk menghangatkan perbualan di laman media sosial.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.