Undi selebriti pilihan Artis ABPBH 36

Undi artis pilihan anda dalam kategori UTAMA dan EKSTRA PALING POPULAR! pada ABPBH 36

BERITA ABPBH

MPA rekod lonjakan pendengar

14 Apr 2023 | Serimah Mohd Sallehuddin

KUALA LUMPUR: Media Prima Audio (MPA) mengekalkan kedudukan sebagai antara satu rangkaian radio berpengaruh di Malaysia melalui hasil kaji selidik badan rating, iaitu GfK's Pengukuran Pendengar Radio Wave 1, 2023 (RAM) GfK's.

Kajian yang dikendalikan selama dua bulan sejak Februari lalu, menunjukkan rangkaian radio MPA iaitu Hot FM, Buletin FM, Molek FM, Fly FM dan 8FM menerima meningkat purata pendengar mingguan sebanyak 5.36 juta orang atau 25 peratus daripada 21.4 juta pendengar mingguan di Semenanjung Malaysia.

MPA dalam kenyataan memaklumkan, antara faktor yang mengukuhkan kedudukan MPA adalah gabungan penyampai baharu Hot FM iaitu bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) yang digandingkan bersama geng Bekpes Hot iatu Johan, Fara Fauzana dan AG.

"Formula itu membawa kepada lonjakan 75 peratus yang dianggap cukup mengagumkan dalam strim digital secara langsung laman sesawang Hot FM dan aplikasi Audio+, selain peningkatan 139 peratus dalam paparan halaman unik," kata kenyataan itu.

MPA menambah, terbukti dengan menampilkan penyampai baharu, acara lapangan yang luar biasa, kempen menarik dan kandungan baharu serta segar memberi kejayaan memberangsangkan untuk MPA pada suku pertama tahun ini.

"Hot FM muncul stesen radio Melayu berpengaruh di MPA dan Malaysia, malah terus berada di kedudukan antara tiga stesen radio teratas negara dengan 3.67 juta pendengar mingguan.

"Hot FM menerima peningkatan sebanyak 320,000 pendengar berbanding tinjauan lalu," katanya.

Kenyataan MPA berkata, pendengar untuk segmen Bekpes Hot dan Hot Squad meningkat sebanyak 207,000 orang dan 117,000 orang.

"Selain itu, sasaran umur yang terbuka dan sasaran utama juga meningkat sebanyak 238,000 orang dan 169,000 secara individu," katanya.

Selain itu, Hot FM menganjurkan acara terbesar dalam sejarah stesen radio tempatan, iaitu Hot Hulur Wang Sama Pendengar (HWSP) yang menawarkan wang tunai RM300,000 kepada pendengar bertuah.

"Kempen ini mencatat kejayaan besar kerana Hot FM menerima lebih 19,000 penyertaan sepanjang lima minggu kempen berlangsung.

"Hot HWSP mencatatkan capaian mengagumkan sebanyak enam juta dalam media sosial dan 4.3 juta 'engagements' dalam media sosial sepanjang tempoh kempen," katanya.

Kempen Hot HWSP menampilkan penyampai radio Hot FM iaitu Johan, Fara, AG, Keymi, Fizi Ali, Aisha, Imran Aqil dan Ayu.

Kenyataan MPA menambah, stesen radio yang menyampaikan berita semasa dalam bahasa Malaysia, iaitu Buletin FM merekodkan 133,000 pendengar mingguan.

"Daripada itu, sebanyak 50 peratus daripada mereka mempunyai pendapatan isi rumah RM3,000 dan ke bawah.

"Buletin FM juga merekodkan peningkatan 55 peratus dalam bilangan pendengar bagi mereka yang berusia antara 35 tahun hingga 39 tahun.

"Pendengar keseluruhan untuk sasaran utama meningkat sebanyak 21 peratus dan melonjak 53 peratus untuk rancangan Santai Siang, iaitu antara jam 10 pagi hingga 3 petang," katanya.

Selain itu, inisiatif Masterclass Buletin FM sebagai kempen utama yang dianjurkan Buletin FM turut memberi impak.

"Program itu adalah webinar percuma yang disiarkan menerusi akaun rasmi Facebook (FB) Buletin FM dan Audio+. Kempen ini dijayakan dengan pembabitan penyampai Buletin FM iaitu Izwan Azir, Muaz, Marsila Hassan, Haiza serta Hanif Miswan," katanya.

 antara faktor yang mengukuhkan kedudukan MPA adalah gabungan penyampai baharu Hot FM iaitu bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) yang digandingkan bersama geng Bekpes Hot iatu Johan, Fara Fauzana dan AG.
antara faktor yang mengukuhkan kedudukan MPA adalah gabungan penyampai baharu Hot FM iaitu bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) yang digandingkan bersama geng Bekpes Hot iatu Johan, Fara Fauzana dan AG.

Selain itu, MPA menyebut, stesen radio yang memfokuskan pendengar di pantai timur iaitu Molek FM memperoleh 542,000 pendengar mingguan, iaitu peningkatan sebanyak 12 peratus atau 58,000 pendengar berbanding hasil kaji selidik GfK's RAM yang dikendalikan November tahun lalu.

"Dengan menggunakan dialek Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang sebagai bahasa utama pertuturan, penyampai radio Molek FM Molek Pagi dan Molek Petang, masing-masing berjaya meningkatkan capaian pendengar sebanyak 55,000 orang dan 48,000 orang," katanya.

Kenyataan media MPA menyebut, bilangan pendengar eksklusif yang mengikuti Molek FM meningkat dengan ketara iaitu 446 peratus. Pada masa sama, masa mendengar (TSL) tertinggi untuk stesen radio Melayu dikekalkan, dengan peningkatan sejam 31 minit kepada lapan jam 35 minit.

"Molek FM juga mencatatkan peningkatan pendengar sebanyak 37,000 bagi sasaran utama pengikutnya. Stesen radio ini menampilkan beberapa kempen unik sepanjang Februari hingga Mac lalu seperti Oghe Molek, yang menjadi kempen utama yang berjaya.

"Selain itu, Bekwoh Meriah Molek memberi peluang kepada pendengar untuk membabitkan diri secara langsung dengan menjemput barisan penyampai Molek FM iaitu Mek Zura, Fizie, Mek Yan, DJ Nazz, Mat Dan dan Kai Hassan untuk menghadiri majlis perkahwinan mereka," katanya.

MPA menambah, satu-satunya stesen radio berbahasa Inggeris MPA, Fly FM menduduki tempat kedua bagi stesen radio berbahasa Inggeris di Malaysia.

"Fly FM merekodkan sejumlah 1,055,000 pendengar mingguan dan muncul satu-satunya stesen yang mengalami peningkatan masa mendengar (TSL) dalam pasaran bahasa Inggeris.

"Ini menjadikan segmen The JoKeRs in the Morning sebagai rancangan kegemaran dalam pasaran Inggeris dan secara tidak langsung mencatat pertumbuhan 16,000 pendengar.

"Sasaran utama untuk Fly FM juga mencatat peningkatan sebanyak 52,000 pendengar," katanya.

Fly FM mula menjayakan pelbagai kempen sejak Februari lalu, iaitu Find The JoKeRs, Code Breaker, Fly FM Summer Vibes Pool Party dan membawa semula kempen Fly Nite Club.

Find The JoKeRs adalah kempen inovatif yang membabitkan pendengar yang mencari kad Joker dalam tempoh sejam.

Sepanjang tempoh tiga minggu, hadiah wang tunai bernilai sehingga RM50,000 diberi kepada pendengar.

MPA menyebut, Fly FM menyaksikan peningkatan drastik sebanyak 163 peratus dalam jumlah tontonan video dan 202 peratus peningkatan dalam pembabitan media sosial menerusi inisiatif unik sempena konsert artis K-Pop terkemuka Blackpink dengan menyajikan minuman Black Pink Bandung Cincau kepada peminat yang menunggu untuk masuk ke konsert.

"Fly FM Summer Vibes Pool Party dan Fly Nite Club juga memberi peluang kepada pendengar untuk berinteraksi secara dekat bersama penyampai Fly FM iaitu Juanita, Kavin Jay, Ryan Howlett, Natalie, Ryan, Elysha dan Fifi," katanya.

Stesen radio tunggal berbahasa Cina MPA, 8FM merekodkan 423,000 pendengar mingguan.

Kaji selidik GfK's Pengukuran Pendengar Radio Wave 1, 2023 dikendalikan selama enam minggu iaitu pada Februari hingga Mac, dengan saiz sampel 6,356 peserta.

Tinjauan juga mendapati pendengar radio mencapai lebih 97 peratus daripada populasi.