Undi selebriti pilihan Artis ABPBH 35
Undi selebriti pilihan anda mengikut kategori ABPBH yang
telah dipertandingkan pada tahun ini
KUALA LUMPUR: Bukan sekadar memberi maklumat semasa dan hiburan, stesen radio Buletin FM menganjurkan pelbagai projek yang dapat memberi manfaat kepada pendengar.
Tiga projek iaitu Kempen Barber Bergerak Buletin, Usahawan Masterclass dan Buletin Belanja Beriani dapat memberi impak dalam kehidupan terutama dalam mengukuhkan ekonomi pendengar.
Ketua Rangkaian Kandungan Buletin FM, Digital & Audio+, Shah Hayatudin berkata, Buletin FM sentiasa komited dalam memberi kandungan menarik dan relevan kepada pendengar.
"Buletin FM berazam menjadi stesen radio yang sentiasa peka dan dekat di hati komuniti Malaysia.
"Dengan itu, Buletin FM akan terus memberi perkembangan yang padat dengan mesej dan perbincangan isu semasa," katanya.
Shah berkata, kempen dan aktiviti stesen radio itu bukan sahaja dapat membantu daripada segi kewangan, malah menggerakkan usahawan kecil maju ke hadapan dengan idea bernas terpendam.
"Seperti kempen Usahawan Masterclass Buletin FM, usahawan boleh menghantar idea hebat perniagaan mereka," katanya.
Melalui kempen itu, Buletin FM menyediakan dana perniagaan sebanyak RM5,000, slot iklan radio yang bernilai RM45,000 dan geran digital PKS bernilai RM10,000.
Selain itu, melalui kenyataan stesen radio itu, Buletin FM meraikan pendengar bertuah di Pulau Pinang dengan menyajikan nasi beriani di Restoran Kapitan Tandoori House Triangle.
"Antara penyampai Buletin FM yang turut ikut serta dalam Buletin Belanja Beriani adalah Izwan Azir, Marsila Hassan dan Hanif Miswan," katanya.
Selain itu, Buletin FM bekerjasama dengan Yayasan Kebajikan Negara menjayakan program Barber Bergerak Buletin di Anjung Singgah, Georgetown, Pulau Pinang pada 26 Ogos lalu.
"Program sama dianjurkan di Anjung Kelana, Taman Desa, Kuala Lumpur, hari ini.
"Tujuan utama program ini adalah membantu golongan yang tidak bernasib baik seperti gelandangan mendapatkan khidmat gunting rambut secara percuma," kata kenyataan itu.
Buletin FM boleh didengari di Lembah Klang melalui frekuensi 101.3 FM; Pulau Pinang (90.2 FM); Alor Setar (107.3 FM) dan Sarawak (104.3 FM).
Secara alternatif, Buletin FM boleh distrim melalui aplikasi Audio+, www.buletinfm.audio atau YouTube Buletin TV.
Untuk perkembangan dan pengisian digital bermaklumat, ikuti laman sosial Buletin FM di Facebook Buletin FM, Instagram @buletinfm dan Twitter @buletinfm dan WhatsApp pada nombor 017-276 5656.
Aplikasi Audio+ boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.