Undi selebriti pilihan Artis ABPBH 35

Undi selebriti pilihan anda mengikut kategori ABPBH yang telah dipertandingkan pada tahun ini

BERITA ABPBH

Anzalna dedah nama, wajah anak kedua

27 May 2022 | Serimah Mohd Sallehuddin

KUALA LUMPUR: Selepas tujuh hari berteka-teki rahsia jantina bayi keduanya, pelakon Anzalna Nasir dan suami, Mohamad Hanif Zaki mendedahkan wajah, jantina serta nama buah hati mereka.

Anzalna dan Hanif membuat pengumuman serentak menerusi laman Instagram, hari ini. Pasangan itu mengambil keputusan memilih hari ketujuh untuk mendedahkan wajah anak kerana mahu mengikut sunnah nabi.

"Sebagaimana sunnah Nabi SAW, setelah cukup tujuh hari, kami ingin mengumumkan selepas ditahnik, anak lelaki tercinta dinamakan Mohamad Emirhan Mohamad Hanif yang bermaksud 'Princely Ruler' .

"Alhamdulillah, semoga membesar menjadi anak yang soleh, berbudi pekerti mulia, pintar, berjaya dunia dan akhirat. Amin," tulis pasangan suami isteri itu.

Sebelum ini, Anzalna yang melahirkan Mohamad Emirhan pada tanggal 20 Mei lalu melalui kaedah pembedahan enggan mendedahkan jantina bayi kerana ingin memberikan kejutan kepada ahli keluarga yang sedang bercuti di Eropah.

Anzalna melahirkan Mohamad Emirhan melalui kaedah pembedahan pada 20 Mei lalu. - Foto IG Anzalna Nasir
Anzalna melahirkan Mohamad Emirhan melalui kaedah pembedahan pada 20 Mei lalu. - Foto IG Anzalna Nasir

Mengikut perancangan, keluarga sepatutnya menemaninya di hospital kerana dijangka bersalin pada 31 Mei ini, namun, ketika membuat pemeriksaan, Anzalna dimaklumkan bayinya sudah bersedia untuk keluar.

"Jika mengikut perancangan awal, saya sepatutnya bersalin pada 31 Mei, tetapi doktor maklumkan bayi sudah sedia hendak keluar pada 20 Mei lalu.

"Jadi, keluarga tidak dapat menemani saya di hospital sebab bayi keluar lebih awal. Oleh itu, saya buat keputusan untuk membuat kejutan dan menanti kepulangan barulah saya dedahkan jantina anak," katanya.

Menyifatkan proses kelahiran Mohamad Emirhan lebih tenang kerana berpengalaman melahirkan anak sulung, tetapi Anzalna mendedahkan, dia terkejut bayi kedua keluar 12 hari lebih awal.

Anzalna dan usahawan, Mohamad Hanif Zaki mendirikan rumah tangga pada 2016. Mereka dikurniakan cahaya mata sulung Mohamad Eidrees yang kini berusia 2 tahun.