Undi selebriti pilihan Artis ABPBH 36

Undi artis pilihan anda dalam kategori UTAMA dan EKSTRA PALING POPULAR! pada ABPBH 36

BERITA ABPBH

Achey positif selepas enam kali buat ujian COVID-19

22 Feb 2022 | Fatin Farhana Ariffin

KUALA LUMPUR: Selepas menjalani lima kali ujian calitan Rapid Test Kit (RTK) dan hasilnya negatif, pelawak popular, Achey tekad menjalani ujian Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR) selepas alami demam teruk.

Menerusi ujian kali keenam, Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah, 35, disahkan positif COVID-19.

"Saya melakukan ujian PCR sebab sudah ada simptom demam yang melampau. Entahlah macam-macam sekarang, reda dan ikhtiar sahaja," katanya.

Achey memuat naik keputusan ujian RT-PCR yang mengesahkannya positif COVID-19. - Foto IG Achey
Achey memuat naik keputusan ujian RT-PCR yang mengesahkannya positif COVID-19. - Foto IG Achey

Achey memaklumkan berita duka itu menerusi hantaran dalam Instagram (IG) selepas ramai bertanya khabar.

"Ramai bertanya dan mendoakan, tetapi saya memang tidak larat sejak beberapa hari lalu. Namun, keadaan saya semakin baik.

"Terima kasih dan maaf jika saya menyusahkan ramai. Ini termasuk kerja yang sudah ditetapkan tarikh.

"Kepada rakan yang bertemu saya, bolehlah buat ujian calitan. Maaf saya susahkan semua orang," katanya.

Bagaimanapun, Achey bersyukur isterinya, Nur Hasanah Yahaya dan anaknya, Nur Tiara Zinnirah Nasir tiada simptom dan bebas jangkitan virus berkenaan.

Achey kini sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah sejak dua hari lalu.

Sebelum ini, isteri Achey, Anne berkongi dalam IG, tahap kesihatan suami merosot dan kini sedang menjalani rawatan.