Untuk Kategori Online

1
Klik pada laman "Undilah"

2
Sertai undian online dengan menggunakan Facebook Connect.

3
Letakkan undian anda!
Sertai undian kategori online.
Artis Lelaki Paling Popular Online Artis Wanita Paling Popular Online Artis/Selebriti Asia Paling Popular Artis Lelaki Anggun Bergaya Artis Wanita Anggun Bergaya
Untuk Kategori Anugerah

1
Beli Akhbar Berita Harian di kedai yang berdekatan dengan anda.

3
Hantar undian anda ke balai berita NSTP melalui pos.
Dapatkan akhbar Berita Harian anda sekarang!
Terma dan Syarat-syarat undian melalui akhbar
- Anda hanya boleh memlilih LIMA (5) CALON BAGI SETIAP KATEGORI dengan menandakan pangkah (x) di ruangan yang disediakan dan lengkapkan soalan.
- Pemilihan Bintang Paling Popular adalah tidak termasuk calon-calon untuk kategori Anugerah Seri Perak.
- Anda perlu lengkapkan borang sebelum dihantar kepada pihak penganjur.
- Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi MESTI menggunakan BORANG ASAL. Salinan borang tidak diterima.
- Penganjur berhak untuk menukar hadiah kemenangan dengan barangan yang sama nilainya tanpa sebarang notis.
- Hadiah tidak boleh ditukar milik atau ditukar kepada wang tunai.
- Keputusan penganjur adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan. Bukti penghantaran bukanlah bukti penerimaan.
- Hadiah TIDAK termasuk pendaftaran, insurans, cukai jalan dan lain-lain cukai. Pemenang juga bertanggungjawab terhadap kos pengakutan dan sebagainya bagi tujuan menuntut hadiah.
- Borang yang tidak lengkap dan butir-butir peribadi yang tidak jelas serta tidak mematuhi syarat-syarat penyertaan akan dibatalkan.
- Borang disiarkan mulai 13 Januari 2012.
- Setiap penyertaan hendaklah diterima oleh penganjur sebelum atau pada 23 Mac 2012. Penghantaran borang selepas tarikh tersebut tidak akan diterima.
- Kakitangan dan ahli keluarga terdekat kumpulan New Straits Times Press (NSTP) dan Media Prima (MPB), syarikat penaja dan penganjur ABPBH 2011 tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam undian ini.
