Anugerah Bintang Popular BH 29

Pencalonan Akhir ABPBH 29

1. Pembaca hanya boleh memlilih SATU (1) CALON BAGI SETIAP KATEGORI dengan menandakan pangkah (x) di ruangan yang disediakan dan lengkapkan slogan.
2. Pembaca dikehendaki mengundi semua kategori supaya undian diambil kira dan dihitung.
3. Pembaca perlu lengkapkan borang sebelum dihantar kepada pihak penganjur.
4. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan hanya dengan menggunakan BORANG ASAL. Salinan borang tidak diterima.
5. Penganjur berhak untuk menukar hadiah kemenangan dengan barangan yang sama nilainya tanpa sebarang notis.
6. Hadiah tidak boleh ditukar milik atau ditukar kepada wang tunai.
7. Keputusan penganjur adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan. Bukti penghantaran bukanlah bukti penerimaan.
8. Hadiah utama TIDAK termasuk pendaftaran, insurans, cukai jalan dan lain-lain cukai. Pemenang juga bertanggungjawab terhadap kos pengangkutan dan sebagainya bagi tujuan menuntut hadiah.
9. Borang yang tidak lengkap dan butir peribadi yang tidak jelas serta tidak mematuhi syarat penyertaan akan ditolak.
10. Borang disiarkan mulai 25 Mac 2015 hingga 22 April 2016. Borang hanya disiarkan setiap hari Selasa hingga Ahad.
11. Setiap penyertaan haruslah disertakan bersama sekeping kepala akhbar BH bertarikh antara 25 Mac 2015 dan 22 April 2016.
12. Setiap penyertaan hendaklah diterima oleh penganjur sebelum atau pada 25 April 2016. Penghantaran borang selepas tarikh tersebut tidak akan diterima.
13. Pemenang utama akan dipilih oleh pihak penganjur berdasarkan slogan terbaik.
14. Kakitangan dan ahli keluarga terdekat kumpulan The New Straits Times Press (NSTP) dan Media Prima (MPB), syarikat penaja dan penganjur ABPBH 29 tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam undian ini.
15. Serentak dengan penerimaan hadiah, pembaca turut memberi kebenaran kepada penganjur serta agensi-agensinya untuk menggunakan nama dan/atau gambar mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang bayaran pampasan atau pemberitahuan.
16. Persetujuan bagi pemprosesan data peribadi*: Dengan memberi maklumat Peserta,Peserta dan Pemenang membenarkan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad, syarikat induk dan kumpulan syarikatnya untuk memproses data peribadi yang diberi di atas bagi tujuan untuk menerima maklumat mengenai promosi pihak Penganjur.

*Untuk maklumat lanjut mengenai notis Perlindungan Data Peribadi, sila layari www.mediaprima.com.my/pdpa.

Syarat dan Peraturan Undian Secara Online

1. Pembaca dikehendaki mendaftar masuk menggunakan akaun Facebook untuk menyertai proses undian ini.
2. Hanya SATU (1) undian yang lengkap untuk satu akaun setiap hari dibenarkan.
3. Pembaca dikehendaki mengundi semua kategori supaya undian diambil kira dan dihitung.
4. Satu peringatan 'pop-up' akan dipaparkan bagi memaklumkan baki bilangan kategori yang belum diundi.
5. Sistem undian akan 'log out' secara automatik setiap setengah jam bagi tujuan keselamatan. Pembaca juga berpeluang meneruskan undian selepas mereka 'log in' semula ke dalam akaun mereka.
6. Pembaca dikehendaki melengkapkan undian mereka sebelum ditutup pada jam 12 tengah malam. Baki bilangan kategori yang belum lagi diundi tidak disimpan selepas jam 12 tengah malam.
7. Kakitangan dan ahli keluarga terdekat kumpulan New Straits Times Press (NSTP) dan Media Prima (MPB), syarikat penaja dan penganjur ABPBH 29 tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam undian ini.
8. Tarikh tutup undian pada 24 April 2016, jam 11.59 malam.

Syarat dan Peraturan Peraduan "Selfie"

* Warganegara Malaysia berusia 18 hingga 45 tahun pada 2016.
* Peserta dikehendaki mengambil gambar 'selfie' atau 'wefie' ketika siaran langsung ABPBH 29.
* Peserta dikehendaki memuat naik gambar tersebut di akaun Instagram mereka dan #abpbhrespeklive dan #menangasuszenfonemax
* Gambar hendaklah menepati panduan yang telak ditetapkan seperti di bawah:

    i. Tidak menyentuh isu sensitif berkaitan Agama, Bangsa, Politik atau mana - mana individu yang berkaitan.
    ii. Gambar yang dimuat naik hendaklah berkonsepkan Malam Kemuncak ABPBH 29.

* Pemenang akan diumumkan pada Malam Kemuncak ABPBH 29 secara Live.
* Seramai 6 pemenang akan menerima sebuah telefon pintar Zenfone Max setiap satu.
* Penganjur akan menghubungi setiap pemenang untuk penebusan hadiah.
* Penganjur berhak untuk menukar hadiah dengan barangan yang sama nilainya tanpa sebarang notis.Keputusan penganjur muktamad. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.
* Kakitangan dan ahli keluarga terdekat kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) dan kumpulan Media Prima, syarikat penaja, penganjur ABPBH 29 tidak dibernarkan mengambil bahagian dalam pertandingan ini.