SEORANG peniaga dari Perak, Nor Aini Khalip, 31, dipilih sebagai pemenang kategori pembaca sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 berikutan slogan yang dihasilkannya menerusi borang undian disifatkan paling menarik, sekali gus melayakkan beliau memenangi hadiah utama kenderaan Nissan Livina XGear 1.6A bernilai RM80,000.
Hadiah utama ditaja Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd.