Berita Terkini

Friday, 4 May 2012 @ 11:31am

SEORANG peniaga dari Perak, Nor Aini Khalip, 31, dipilih sebagai pemenang kategori pembaca sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 berikutan slogan yang dihasilkannya menerusi borang undian disifatkan paling menarik, sekali gus melayakkan beliau memenangi hadiah utama kenderaan Nissan Livina XGear 1.6A bernilai RM80,000.

Hadiah utama ditaja Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd.

Monday, 16 April 2012 @ 12:22pm

KEMENANGAN tidak diduga Fizz Fairuz pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011, minggu lalu menjadikan dia terkedu, jantungnya seolah-olah berhenti berdegup seketika sebaik saja keputusan dibacakan selepas trofi Pelakon TV Lelaki Popular sah menjadi miliknya, sekali gus mengenepikan empat saingannya - Aaron Aziz, Adi Putra, Remy Ishak dan Fauzi Nawawi.

Monday, 16 April 2012 @ 12:06pm

MAJLIS Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 yang menutup lembarannya di Arena Of Stars, Genting Highlands, tengah malam Ahad lalu menterjemahkan suara hati peminat yang mendambakan pembaharuan sekali gus membuka ruang kepada muka baru untuk mendominasi senarai pemenang.

Monday, 16 April 2012 @ 12:02pm

BERTEMAKAN `Larger Than Life', demikian ketara pancaran gaya yang dapat disaksikan memancar perhatian peminat tatkala selebriti dan artis popular melangkah bergaya dan anggun pada sesi Permaidani Merah, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 di Arena of Stars, Genting Highlands, Ahad lalu.

Monday, 16 April 2012 @ 11:12am

SOROT matanya yang memancar penuh bercahaya pada pertemuan lewat petang hujung bulan lalu cukup untuk menjelaskan segenap bahagia yang barangkali sulit diterjemahkan dengan kata-kata.

Biar cuba menyusun kemas bait indah untuk menghuraikan kebahagiaan itu, ia tidak mungkin sama dengan apa yang dirasai pemilik hati, Toh Muda Rizal Ashram Ramli yang ketika ini sedang membilang hari untuk bergelar isteri.